BINTANG Hollywood menerima tempias selepas memilih untuk menyokong salah satu pihak dalam konflik Palestin-Israel menerusi siaran di media sosial berunsur Free Palestine atau pun I stand with Israel.
Antara pempengaruh terkenal yang dilihat berani menegakkan pendiriannya kepada Palestin adalah model popular Amerika Syarikat, Gigi Hadid yang memiliki pengikut sebanyak 78.9 juta menerusi akaun Instagramnya.
Gigi Hadid yang berketurunan Palestin pernah memuat naik mengenai penganiayaan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis, namun menerima komen daripada netizen yang cuba menghentam postingannya.
"Berhenti menyebarkan kebohongan. Awak dan adik-beradik perempuan sama-sama antisemitism,” kata satu komen yang cuba mengkritik Gigi Hadid.
Bella Hadid tidak takut dibuang kerja kerana menyokong Palestin secara terbuka.
Selain itu, model popular yang juga kakak kepada Gigi Hadid, Bella Hadid sering memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Bella menerusi Instagramnya pernah memuat naik hantaran dengan melontarkan impiannya ingin melihat kedamaian dan kebebasan di Palestin.
"Ini berkenaan isu kemanusiaan bukan hanya tentang agama. Ini tentang kebebasan di Palestin," tulis Bella.
Namun, Bella juga menerima banyak kritikan dan komen di media sosial tentang lantangan dirinya bersuara soal penderitaan rakyat Palestin.
Kylie Jenner memadam postingan yang dimuat selepas dikecam netizen.
Adik kepada artis popular Kim Kardashian yang juga seorang ikon fesyen, Kylie Jenner pernah memuat naik posting berunsur pro-Israel di laman Instagramnya yang memiliki 399 juta pengikut, namun dia terpaksa memadam postingan itu selepas menerima hinaan.
Susan Sarandon disingkirkan oleh agensi bakatnya selepas berani bercakap dalam perhimpunan pro-Palestin.
Seterusnya, pemenang Oscar, Susan Sarandon disingkirkan oleh agensi bakatnya pada November lalu selepas mengutarakan pendapatnya dalam perhimpunan pro-Palestin.
Untuk rekod, dia menghadiri perhimpunan pro-Palestin untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza dan tanpa diduga telah dijemput untuk berucap di atas pentas.
Susan akhirnya membuat permohonan maaf dan menyatakan kekesalan selepas mengakui berasa risau melihat peningkatan kes kecederaan yang berlaku dalam konflik Palestin-Israel. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram