SEJAK bergelar penyanyi tujuh tahun lalu, populariti yang diraih Ara Johari dalam industri muzik tempatan membuatkan lagu-lagu nyanyian sentiasa dinanti-nantikan peminat.
Pernah muncul dengan lagu seperti Warkah Untukku, Sumpahan Salju, Setia, Bunga, Paku dan Racun Hati, Ara bakal membuat kemunculan semula menerusi lagu berjudul Sudah.
Dikeluarkan secara rasmi pada 22 September lalu, Sudah mengisahkan tentang pengkhianatan yang berlaku dalam percintaan ketika datangnya ujian tidak terduga.
"Dan hanya sebelah pihak yang setia, dan sebelah pihak lagi tidak melakukan hal yang sama, maka banyak mana peluang yang diberi dalam hubungan tetap akan dikhianati," ulas Ara tentang lirik lagu tersebut.
Ara terharu kerana lagu Sudah mendapat sambutan yang sangat baik dan komen yang positif daripada peminat.
Ara turut menghayati rasa derita bagi menjiwai lagu tersebut untuk menghasilkan nyanyian yang lebih berkesan dan mendalam.
Meskipun menjelaskan bahawa lirik lagu tersebut tidak berkisarkan mengenai pengalaman peribadi dirinya, Ara mahu naskhah terbaharu itu mendapat sambutan seperti karya-karya sebelum ini.
Katanya, lagu ciptaan dua komposer hebat iaitu Zimi (Laq) dan Akim Ahmad (Bulan Penuh) itu turut memiliki persamaan dengan lagu sebelumnya iaitu Bunga dan Warkah.
Lagu Sudah mendapat sambutan yang sangat baik dan komen yang positif daripada peminat termasuk suaranya yang dikatakan masih padu dan memiliki vokal yang terbaik sesuai dengan tempo lagu.
Bercakap soal itu, Ara berkongsikan tip yang diamalkan untuk menjaga suara lebih-lebih lagi dia bukanlah masih 'hijau' dalam industri.
"Kalau nak bagi suara kita bagus, memang perlu rehat dan tidur yang secukupnya sebab badan kita perlu ada tenaga untuk persembahkan lagu dan sebagainya.
"Saya juga kurangkan minum ais, kalau teringin minum air sejuk sekali pun, saya akan kurangkan ais.
Ara berasakan lebih ramai artis di luar sana yang lebih seksi berbanding dirinya.
"Sesetengah orang pula, kalau mahu jaga suara, mereka perlu elak makanan pedas kerana tidak sesuai untuk makan pedas, tetapi saya alhamdulillah masih boleh makan pedas," kongsinya.
Di samping itu, Ara turut mengulas isu serangan seksual selepas membuat persembahan nyanyian di Dataran Nilai, Negeri Sembilan pada Jun lalu.
Ara berkata, peminat perlu mengawal diri agar tidak fanatik kepada seseorang sehingga terfikir untuk melakukan hal yang tidak baik.
"Perkara-perkara sebegini boleh mengundang kes yang besar (kes polis)," katanya.
Ara pada masa sama turut mengulas isu dia dikecam netizen sebelum ini kerana memuat naik foto yang seksi sehingga menampakkan pahanya.
Mengulas lanjut, Ara berasakan lebih ramai artis di luar sana yang lebih seksi berbanding dirinya, namun, tidak terpalit dalam kontroversi sedemikian.
Ara turut menegaskan bahawa dia jarang berpakaian seksi dan memuat naik gambar-gambar seksi di laman media sosialnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,