AKHIRNYA ada juga cover lagu Ku Ikhlaskan yang boleh didengar berulang kali, itu antara komen yang ditinggalkan pengguna YouTube buat Ara Johari.
Rata-rata pengguna memuji nyanyian penyanyi tersebut yang disifatkan seperti lagunya sendiri.
Baru sehari ditayangkan, video nyanyian Ara itu kini sudah mencecah lebih 100,000 tontonan.
Seorang pengguna Youtube, Day Happy mengatakan nyanyian Ara adalah yang terbaik untuk lagu ini.
TANGKAP layar komen yang ditinggalkan netizen di dalam video klip terbaharunya di YouTube.
“Memang terbaik cover lagu daripada Ara, dia boleh nyanyi semua genre dan dia nyanyi macam lagi sendiri.
“Terus saya tersuka tanpa sengaja, saya bagi lima bintang,” katanya.
Pemilik akaun, IAEMLBB tour pula mengatakan nyanyian Ara membezakan antara kualiti dan penyanyi yang bermodalkan wang.
Katanya lagi, apabila Ara menyanyikan lagu Ku Ikhlaskan baru karya itu hidup.
“Ini bezanya penyanyi yang bermodalkan suara power dan RM400,000.
“Versi Ara yang terbaik, jelas dengar liriknya barulah boleh dikatakan ini adalah lagu,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna, Soul Red pula menulis dia tidak boleh berhenti medengar versi Ara untuk lagu Ku Ikhlaskan.
“Dah dekat 12 malam tidak boleh berhenti dengar lagu cover Ara, memang berhantu.
“Lagu ini memang kena dengan suara Ara, terima kasih kerana menghiburkan kami,” komennya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram