Konsert SuriaVolusi gegarkan Pantai Timur Oktober ini


  • Hiburan
  • Isnin, 02 Okt 2023

Dj Lin mengumumkan bakal mengadakan konsert SuriaVolusi pada Oktober ini ketika mengadakan sidang media pada Isnin.

SURIA FM dengan kerjasama AC Gas bakal mengadakan konsert SuriaVolusi pada bulan Oktober ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai Dj Lin berkata, SuriaVolusi merupakan satu konsert yang bakal membawa kelainan buat para pengunjung dan pendengar setia Suria FM.

Bercakap soal itu, Dj Lin berkata, banyak perancangan menarik bakal menanti pengunjung yang hadir pada program tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

Antaranya, ditampilkan persembahan artis popular seperti Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris, Ariwatan, Baby Shima, Floor 88 dan Kristal X.

WhatsApp Image 2023-10-02 at 8.02.09 PM

Azlan and The Typewriter membuat persembahan dalam Sidang Media Suria FM pada Isnin.

Selain itu, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat, Renggo Arrow, Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah, Asraf Nasir dan ramai lagi akan turun menghiburkan para pengunjung.

Di samping berhibur dengan barisan penyampai dan artis popular tanah air, terdapat juga pelbagai aktiviti dan hadiah yang boleh direbut melalui booth Kedai Suria yang akan dibuka nanti.

Lebih menggembirakan, barangan ekslusif Suria turut dijual seperti Set Berharga Suria, Set Bergaya Suria, Set Seragam Suria, Set Korporat Suria, Set Mega Suria dan juga baju T Suria edisi terbaru keluaran Suria.

Pada masa sama, Dj Lin meluahkan rasa syukur kerana mampu merealisasikan perancangan untuk mengadakan konsert itu setelah sekian lama memendam impian untuk menyantuni peminat khususnya di Kelantan.

Ini kerana, menurut Dj Lin, konsert SuriaVolusi akan menggegarkan beberapa kawasan terpilih di Zon Pantai Timur pada 28 Oktober yang bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.

"Konsert ini diadakan untuk meluaskan lagi sasaran pendengar Suria khususnya di kawasan Pantai Timur," katanya.

Mengulas lanjut, Dj Lin berkata, konsert SuriaVolusi turut bakal dipersembahkan di The Curve, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.

"Pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, Rara dan Tyzo," katanya.

WhatsApp Image 2023-10-02 at 7.45.06 PM (1)

Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman (kiri) selaku penaja utama dan penaja bersama Suria FM memberi komen mengenai konsert yang bakal berlangsung itu.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Astana City Group, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, pihaknya merancang untuk membawakan artis-artis itu dalam persembahan konsert SuriaVolusi bertujuan bagi menonjolkan semula bakat-bakat penyanyi itu.

"Kita pilih mereka untuk buat persembahan supaya dapat menaikkan semula nama-nama artis tersebut dalam bidang seni kerana mereka juga mempunyai peminat dan pengikut tersendiri," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram