Tampil dengan lagu terbaharu berjudul Figura, Wani Syaz juga aktif berniaga di Johor


  • Hiburan
  • Rabu, 13 Sep 2023

Wani Syaz (kanan) dan Ikhmal Nour sedang mempromosikan muzik terbaharunya berjudul Figura.

PEMINAT seni tanah air sememangnya mengenali Wani Syaz yang popular dengan lagunya Sinar Terindah, Gemala, Habibi dan Sang Purnama.

Baru-baru ini, Wani Syaz, atau nama sebenar Nur Syazwani Selamat, 23, muncul kembali dengan lagu duet gandingan bersama Ikhmal Nour, pemenang Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Rising Star of the Year.

Lagu terbaru berjudul Figura yang dilancarkan pada 31 Ogos ini mengisahkan tentang figura seseorang wanita dan lelaki yang telah lama suka antara satu sama lain tetapi cuma memendam rasa dalam diam.

Menurut Wani, rakaman video lagu Figura di YouTube mengambil konsep 'young look' untuk tampil lebih ceria depan penonton.

"Kita nak nampak macam budak-budak sebab Iqmal muda. Saya juga nak nampak muda. Macam Ikmal.

"Sebab itulah kita pilih solekan macam-macam. Ada glitter-glitter. Warna pink-pink, macam itu.

"Rambut tomato pun ada. Nak tahu rambut tomato macam mana? Okay, kena tengok music video lagu itu sendiri," katanya.

Wani berkata, mereka turut mendapat idea daripada editor lagu untuk menghasilkan peragaan yang menarik dalam rakaman video lagu terbaru itu.

"Editor kami bagi idea, dari segi pemilihan baju. Wani tengok dekat Pinterest lah. Kita mahu buat macam warna-warni, warna-warna yang cerah. Dari segi solekan pun, Wani tengok dekat situ," katanya.

Wani berkata, dia memiliki cabaran untuk menyesuaikan warna solekan dengan tempat rakaman untuk memperoleh pencahayaan yang bagus, di samping mempunyai masalah penjagaan solekan yang tahan lama kerana mudah berpeluh.

Selain menyanyi, Wani juga sedang fokus kepada perniagaan restoran miliknya di Batu Pahat, Johor.

"Nama restoran saya Beezer Box, bertempat di Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Kalau tengah tidak nyanyi, saya fokus pada perniagaan kedai makan ini," katanya.

Sebelum ini, Wani Syaz tampil dengan sahabat karibnya, Wany Hasrita dalam lagu hari raya berjudul Sinar Terindah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram