'All the best man', adik optimis Aliff Aziz boleh jadi juara All Stars Gegar Vaganza


  • Hiburan
  • Rabu, 06 Sep 2023

Aisyah Aziz ketika mempromosikan lagu terbaharu, gandingannya bersama band kugiran Masdo pada Rabu.

PENYANYI kelahiran Singapura, Aisyah Aziz percaya pertandingan nyanyian melibatkan penyanyi profesional masih relevan dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Tidak hairanlah, Aisyah percaya dengan kemampuan abangnya yang juga juara Gegar Vaganza (GV) musim kelapan, Aliff Aziz sepanjang saingan program realiti All Stars GV musim ke-10.

"All the best man, saya yakin dengan abang saya dan percaya dengan rezeki dia juga," katanya kepada Majoriti.

Screenshot 2023-09-06 145213

Aliff Aziz yang bergelar juara ketika GV musim kelapan pada 2021.

Selain itu, dia juga meluahkan hasratnya apabila ditanya tentang penglibatannya dalam pertandingan nyanyian seperti GV.

"Keinginan nak masuk itu tiada, tetapi kalau ada rezeki dapat menyanyi dengan abang saya sama-sama di GV, Insya-ALLAH," tambahnya lagi.

Aisyah yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2013 memberitahu, pertandingan seperti GV amat menarik di samping dapat melihat segala usaha penyanyi tempatan.

"Pertandingan ini sangat bagus sebab mereka yang bertanding menunjukkan usaha dan kebolehan untuk bertanding," katanya.

Setelah sekian lama menyepi, Aisyah kini kembali bergiat aktif dengan kemunculan istimewa bersama band Kugiran Masdo menerusi lagu Pujaanku yang tular baru-baru ini sekali gus menaikkan namanya kembali di persada industri seni tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram