Apa itu hiperhidrosis? Ketahui apa anda perlu buat jika alaminya


  • Sihat
  • Isnin, 08 Mei 2023

Hiperhidrosis mampu mengganggu emosi pesakit dan menyebabkan individu berasa tertekan dan rendah diri.

HIPERHIDROSIS merupakan situasi peluh berlebihan yang berkaitan dengan suhu atau aktiviti senaman dilakukan.

Hal itu menyebabkan individu berkenaan berpeluh dengan begitu banyak sehingga membasahi pakaian atau menitik dari tangan.

Situasi tersebut mungkin boleh mengganggu dan menyebabkan kemurungan disebabkan berasa malu.

WhatsApp Image 2023-05-07 at 17.58.58

Segera dapatkan nasihat doktor bagi mengelakkan gangguan kesihatan berpanjangan.

Simptom hiperhidrosis

Kebanyakan orang berpeluh apabila mereka bersenam, berada di persekitaran panas atau berhadapan dengan situasi tertentu seperti anxiety atau tertekan.

Selain itu, ada juga yang mengalami peluh berlebihan ketika bangun tidur atau berpeluh pada waktu malam tanpa sebab.

Mengapa ini berlaku?

Peluh berfungsi untuk menyejukkan badan dan secara automatik, saraf akan mencetuskan kelenjar peluh mengikut suhu badan.

Bahagian tapak tangan akan berpeluh terutama ketika berasa gementar disebabkan berasa tertekan atau kemurungan.

Berkemungkinan hal ini berlaku disebabkan ahli keluarga atau keturunan.

WhatsApp Image 2023-05-07 at 17.58.59

Hiperhidrosis yang tidak dirawat dengan baik dikhuatiri akan menyebabkan gangguan saraf dalam badan.

Risiko hiperhidrosis jika tidak dirawat?

Terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan

Diabetes

Menopaus

Kandungan gula rendah dalam badan

Kelenjar tiroid terlalu aktif

Gangguan sistem saraf

Apa perlu buat?

Gunakan deodoran yang mengandungi bahan aluminium untuk menyekat pori peluh

Mandi setiap hari dan keringkan badan dengan betul

Sebaiknya pilih kasut yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan ganti atau bertukar-tukar kasut selepas dua hari berturut-turut dipakai

Dapatkan nasihat dan rawatan doktor segera jika berlarutan dan sukar dikawal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram