Noh Omar dipecat, banjir Auckland ragut nyawa antara kata kunci trending hari ini!


  • Relaks
  • Ahad, 29 Jan 2023

Noh Omar disabitkan dengan enam belas tuduhan sabotaj terhadap parti Umno pada PRU15.

BANYAK perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian hingga menjadi perhatian ramai dan kali ini pergolakan politik di negara ini mendapat carian yang tinggi di internet.

Di sini Majoriti senaraikan antara kata kunci yang paling tinggi hari ini:

1. Noh Omar

Nama bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menjadi trending susulan pemecatannya oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Jumaat.

Parti itu mengambil keputusan untuk memecat Noh Omar dan bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Shahrul Hamdan, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Salim Shariff turut digantung keahlian selama enam tahun.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Noh disabitkan dengan 16 tuduhan sabotaj terhadap parti itu pada PRU15.

Di laman Facebooknya, Noh Omar menjelaskan bahawa dirinya rela dipecat daripada digantung enam tahun kerana dia tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang menghancurkan Umno.

Menurutnya lagi, dia dihukum tanpa diberi ruang membela diri.

2. Banjir Auckland

Kata kunci ini menjadi trending bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia susulan banjir besar melanda Auckland, New Zealand pada Jumaat.

Auckland diisytiharkan darurat memandangkan keadaan dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan.

Cars are seen in a flooded street during heavy rainfall in Auckland, New Zealand January 27, 2023, in this screen grab obtained from a social media video. @MonteChristoNZ/via REUTERS

Jalan-jalan utama di Auckland dinaiki air akibat hujan berterusan. Agensi

Polis dan pasukan operasi pengurusan kecemasan Auckland berusaha sepenuhnya untuk menyelamatkan penduduk yang terkandas di rumah memandangkan jalan-jalan utama di bandar itu terhalang.

Lapangan terbang ditutup, dan konsert penyanyi lagenda, Elton John yang dijadual berlangsung turut dibatalkan.

Pada Jumaat, angka korban banjir besar Auckland yang direkodkan adalah sebanyak tiga manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

3. Seen Festival

Seen Festival menjadi kata kunci trending apabila artis Korea Selatan seperti NCT Dream, WayV, Kard dan Alice dihimpunkan dalam konsert mega itu.

Screenshot 2023-01-29 122756

Seen Festival menghimpunkan artis K-pop di Kuala Lumpur.

Seen Festival diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pihak penganjur iaitu CM Live berbesar hati membawa barisan bintang popular untuk para peminat di Malaysia.

Di media sosial, peminat K-pop berkongsi perasaan teruja apabila impian mereka untuk menonton persembahan artis kegemaran menjadi kenyataan.

Peminat yang hadir turut ditawarkan Seen Zone yang mana mereka boleh bertentang mata secara langsung dengan artis kesayangan mereka di festival itu.

Kumpulan penyanyi negara, Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby mencuri perhatian peminat apabila mereka beraksi di pentas Seen Festival.

Dolla menzahirkan rasa berbesar hati apabila diberi peluang keemasan untuk melakukan persembahan sebaris dengan artis antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram