Kemunculan aplikasi Bondee, bahagian kedua Record of Ragnarok antara bualan trending hari ini!


  • Relaks
  • Sabtu, 28 Jan 2023

Peminat novel teruja apabila Lively dipilih memegang watak Lily dalam filem It End With Us. — Agensi

TIGA kata kunci trending yang disediakan untuk pembaca Majoriti untuk bacaan hari Sabtu ialah:

1. Bondee

Sebuah aplikasi permainan yang terbaru, Bondee kini trending di media sosial kerana ciri - ciri karakter yang menarik.

Dilancarkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura iaitu Metadream, aplikasi ini berkonsepkan plaza maya yang mana pengguna boleh berinteraksi dengan kawan sehingga 50 orang.

card2Img.58e9eade

Bondee, aplikasi terbaru yang trending pada minggu ini

Selain daripada menghias avatar dan bilik mereka, pengguna juga boleh menghubungi rakan - rakan mereka melalui identiti pengguna (user ID), number telefon atau kod QR.

Tarikan utama aplikasi Bondee ini ialah pengguna dapat menghiasi avatar mereka dengan lebih terperinci, seperti jenis mulut, rambut, pakaian serta menghiasi bilik mengikut citarasa sendiri.

Namun kurang seminggu daripada popularitinya mencanak naik, terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa Bondee telah mengenakan cas terhadap pengguna, seperti yang tersebar di pelbagai platform sosial media.

Tetapi berita tersebut dinafikan oleh pihak Metadream

2. Blake Lively

Penulis novel It Ends With Us, Colleen Hoover mengumumkan di media sosial beliau bahawa Blake Lively, seorang pelakon daripada Amerika Syarikat yang popular dengan watak Serena Van Der Woodsen dalam Gossip Girl akan membawakan watak Lily dalam filem adaptasi novel tersebut.

Justin Baldoni, pengarah filem ini juga akan membawa watak utama sebagai Ryle, seorang pakar bedah saraf yang berumur 30 tahun.

230127093451-blake-lively-justin-baldoni-split

Blake Lively akan membawa watak Lily Bloom dan Justin Boldoni sebagai Ryle

Novel It Ends With Us mengisahkan tentang Lily dan Ryle yang jatuh cinta sesama mereka, sehinggalah kekasih lama Lily, Atlas muncul di hadapan beliau.

Ia juga berkisarkan mengenai penderaan rumah tangga apabila Lily membesar melihat ibunya dipukul oleh bapanya sebelum Lily mengalami perkara yang sama dan berazam untuk menamatkan penderitaannya.

Peminat buku di Tik Tok atau pun dikenali sebagai 'BookTok' kini teruja melihat buku kegemaran mereka yang diadaptasi kepada filem yang bakal memasuki panggung wayang pada penggal kedua tahun 2024.

Walau bagaimanapun, buku ini menjadi kontroversi ekoran babak romantis hubungan bawah umur antara Lily dan Atlas ketika mereka remaja.

3. Record of Ragnarok

Record of Ragnarok, siri anime di bawah Netflix yang ditulis oleh Shinya Umemura dan Takumi Fukui akan mengeluarkan musim kedua bahagian kedua cerita tersebut pada 2023.

2023-01-28

Buddha, salah satu watak Tuhan di dalam Record of Ragnarok

Anime ini berdasarkan manga di dalam majalah Comic Zenon yang sudah terjual sebanyak 14 juta helaian, bermula pada November 2017.

Musim pertama mempunyai 12 episod dan mengambil masa 25 minit untuk setiap episod berbanding dengan musim kedua yang dibahagikan kepada dua bahagian dan mempunyai 10 episod untuk bahagian yang pertama.

Bahagian pertama musim kedua ini baru sahaja keluar namun penonton sudah mula teruja dengan musim ketiga, meski pun tiada berita yang mengesahkan tentang ini.

Record of Ragnarok mengisahkan tentang Tuhan setiap kuil yang akan menentukan nasib manusia sama ada mereka layak hidup atau tidak, sebelum persidangan itu diganggu lalu dan menyebabkan 13 Tuhan akan berlawan dengan 13 juara manusia, dan pihak pertama yang memenangi tujuh perlawanan pertama akan menentukan nasib manusia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram