Aksi Speedy Tigers dan pembunuh bersiri jual 'hamburger manusia' antara trending hari ini


  • Relaks
  • Isnin, 23 Jan 2023

Piala Dunia Hoki 2023 Malaysia tewas ditangan Sepanyol menerusi penalti ‘shoot-out’.

SEPERTI hari-hari lain, ada saja isu atau kejadian yang menimbulkan persoalan telah mendorong seseorang itu untuk membuat carian di Google dan ianya sering kali berbeza-beza mengikut individu.

Hari ini Majoriti paparkan tiga carian utama menerusi Google Trends buat semua pembaca setia.

1. Malaysia lawan Sepanyol

1911791

Kejohanan hoki Piala Dunia 2023 menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Sepanyol berakhir dengan nasib tidak menyebelahi Speedy Tigers apabila tunduk 3-4 dengan penentuan penalti 'shoot-out' di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat dengan skor 2-2 sehingga masa penuh tamat dalam perlawanan pada Ahad, 22 Januari.

Kegagalan untuk menyempurnakan penalti menyaksikan skuad negara terpaksa melupakan hasrat ke suku akhir.

Susulan kekalahan itu, skuad negara akan berdepan Afrika Selatan bagi perlawanan klasifikasi tempat ke-9/16 pada Khamis nanti.

2. Pembunuh bersiri, Joseph 'Joe' Roy Metheny

0_Image

Pembunuh bersiri dan perogol bertindak keterlaluan apabila menjadikan mangsanya sebagai makanan iaitu "hamburger manusia" dan menjual kepada pelanggan.

Joseph 'Joe' Roy Metheny menyimpan bahagian paling banyak daging di dalam peti sejuk sebelum menggisar dan mencampurkannya dengan daging babi dan daging lembu sebelum menjadikannya hamburger.

Walaupun dia mendakwa telah membunuh 13 mangsa, pihak berkuasa hanya mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwanya melibatkan dua pembunuhan.

Metheny pada mulanya dijatuhi hukuman 50 tahun penjara kerana menculik dan cuba melakukan serangan seksual terhadap mangsa, Rita Kemper namun dibebaskan.

Dia juga dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan Kimberly Lynn Spicer dan ditukar kepada penjara seumur hidup tanpa parol.

Penjenayah ini juga mengaku bersalah membunuh dan merompak Cathy Ann Magaziner.

3. Blue

photo_6228957139603403747_y

Konsert meraikan dua dekad kumpulan popular British, Blue, di Kuala Lumpur bulan depan diteruskan biarpun salah seorang anggotanya, Lee Ryan terbabit dalam kes salah laku dan kekerasan, baru-baru ini.

Penganjur yang juga pengasas Honeymoon, Kesavan Purusotman, berkata, setakat ini tiada perubahan yang dimaklumkan pengurusan Blue dan konsert berkenaan tetap diteruskan seperti biasa.

Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour akan dipentaskan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada 10 Februari depan.

Sementara itu, anggota Blue, Simon Webbe tidak sabar untuk menghiburkan peminat menerusi rangkaian konsert jelajah sempena ulang tahun ke-20 kumpulan itu.

Setakat ini, tiket konsert jelajah Blue di Malaysia anjuran Hitman Solutions dan Happymoon itu sudah terjual lebih 60 peratus.

Tiket untuk menyaksikan konsert masih boleh didapati di laman sesawang www.hitmanlive.com. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram