Kontroversi filem 'Pathaan' lakonan SRK, PATD umum bubar ungguli carian hari ini!


  • Relaks
  • Khamis, 26 Jan 2023

Pathaan dibintangi Shah Rukh Khan, Deepika Padukone dan John Abraham.

MENURUT laporan Google, ini antara beberapa kata kunci yang menjadi carian tertinggi hari ini.

1. Pathaan

Pathaan merupakan filem bergenre aksi thriller diarahkan Siddharth Anand dan dibintangi Shah Rukh Khan.

Filem terbitan Yash Raj Films ini mengisahkan tentang watak Pathaan, seorang ejen perisik yang hilang selama tiga tahun.

Pengganas berjaya menangkap Pathaan ketika menjalankan misi terakhir dan menyiksanya untuk mendapatkan maklumat penting namun dia berjaya melarikan diri daripada musuh.

Seorang ejen rahsia, Rubina Mohsin dilakonkan Deepika Padukone kemudiannya bergabung dengan Pathaan dalam misi memburu pengedar dadah bernama Shabir Ansari dilakonkan John Abraham.

Peminat rata-ratanya teruja untuk menonton filem ini kerana selepas empat tahun, akhirnya Shah Rukh Khan kembali ke layar perak dan memegang watak utama.

Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2023 dalam bahasa Hindi, Tamil dan Telugu.

Babak filem berkenaan juga menimbulkan kontroversi apabila ia dikatakan menghina agama Hindu.

2. Panic! At The Disco

Kumpulan penyanyi, Panic At The Disco (PATD) mengumumkan mereka akan membawa haluan masing-masing dan tidak lagi bergerak sebagai kumpulan selepas 20 tahun.

PATD yang popular dengan lagu House of Memories, High Hopes dan Nine in the Afternoon terdiri oleh empat ahli kumpulan iaitu Brendon Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson.

Screenshot 2023-01-26 174031

Kumpulan Panic! At The Disco ditubuhkan pada 2004.

Kumpulan PATD mula ditubuhkan pada 2004 dan album pertamanya berjudul A Fever You Can’t Sweat Out.

Pengumuman perpecahan kumpulan itu dibuat oleh vokalisnya, Brendon Urie di akaun Instagram pada Selasa.

Menurut Brendon, keputusan itu dilakukan kerana dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

“Saya perlu letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga dengan memberi mereka keutamaan.

"Dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan ada lagi.

“Terima kasih kerana menyokong kami selama ini.

"Saya mengambil masa yang agak lama untuk memberitahu perkara ini.

"Ianya sukar, anda (peminat) semua tahu betapa PATD amat bermakna untuk saya," katanya.

3. Justin Roiland

Saluran televisyen Amerika Syarikat, Adult Swim memutuskan untuk menamatkan kontrak dengan Justin Roiland, pelakon suara latar kartun Rick and Morty yang terlibat dengan kes kekerasan rumah tangga.

Kartun animasi dewasa Rick and Morty mengisahkan tentang Rick Sanchez, seorang ilmuwan dan cucunya, Morty Smith.

Justin mengisi suara watak kartun Rick Sanchez manakala Harmon mengisi suara watak Morty Smith.

Screenshot 2023-01-26 173939

Justin mengisi suara watak kartun Rick Sanchez untuk animasi Rick and Morty.

Justin bukan hanya dikenali sebagai seorang pelakon suara latar, dia turut dikenali sebagai juruanimasi, penulis dan penerbit.

Walaupun Justin dipecat, animasi kartun Rick dan Morty tetap diteruskan dengan kakitangan yang lain.

Beberapa karya lain Justin adalah Jablinski Games, Hot Streets dan Uncle Grandpa.

Justin didakwa melakukan kekerasan rumah tangga di Orange County pada 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram