Kontroversi Ms Puiyi, ciri canggih iPhone paling popular hari ini


  • Relaks
  • Rabu, 18 Jan 2023

Antara aksi kontroversi dalam trailer filem Pulau.

KONTROVERSI filem Pulau dan ciri terbaharu iPhone antara carian paling tinggi di Google pada Rabu, 18 Januari 2023.

1. iPhone 15 Max Pro

Seperti yang semua sedia maklum, jenama telefon terkenal iaitu Apple akan mengeluarkan produk terbarunya setiap tahun.

Untuk keluaran kali ini, media melaporkan ciri-ciri kanta telefoto periskop akan digunakan khas untuk iPhone 15 Pro Max dan iPhone 16.

2023-01-18 (6)

Jangkaan lens tersebut masih ditunggu - tunggu

Sistem periskop ini membolehkan pengguna untuk 'zoom in' gambar lebih jauh tanpa kekaburan berlainan dengan model yang lain.

Untuk sistem baharu ini, Apple akan menggunakan pembekal baharu daripada Korea Selatan, iaitu LG Innotek dan Jahwa Electronics, berbanding dengan pembekal kamera sebelum ini yang berasal daripada Jepun iaitu Japan Alps dan Mitsumi.

Selain daripada berita telefon mereka, Apple juga dikhabarkan akan menukar kepada 'USB C' untuk semua jenis telefon mereka

2. Filem Pulau

Sebuah filem seram tempatan telah menerima kritikan daripada warganet kerana babak trailer yang dikatakan agak keterlaluan.

Filem tersebut yang dibintangi oleh Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry dan beberapa pelakon yang lain mengisahkan tentang kumpulan lelaki dan wanita yang ke sebuah pulau, sebelum menghadapi masalah di pulau tersebut.

Trailer filem tersebut dikatakan mempunyai unsur 'soft porn', seperti aksi menghairahkan model terkemuka, Siew Pui Yi atau lebih dikenali sebagai Ms Puiyi.

photo_2023-01-18_16-25-56

Aksi kontroversi Ms Puiyi

Berdasarkan 'tweets' warganet, kebanyakannya berasa hairan bagaimana FINAS boleh melepaskan filem seperti ini ke panggung wayang.

Poster filem ini juga dikatakan meniru poster filem Fantasy Island, sebuah filem Hollywood.

3. WayV_4thAnniversary

FmmynvPaYAQ-k8G

Kumpulan WayV, sub - unit NCT yang keempat.

Sebuah kumpulan muzik WayV telah menyambut ulang tahun kumpulannya yang keempat!

WayV yang bernaung di bawah syarikat subsidiari SM Entertainment iaitu Label V, membuat kemunculan pertama pada tahun 2019 dengan tujuh orang ahli, iaitu Kun, Ten, Winwin, Lucas, Xiaojun, Hendery dan Yanyang.

WayV merupakan sub unit kumpulan NCT yang keempat, dan fokus kepada pasaran muzik China, berbanding dengan sub-unit yang lain yang fokus terhadap Amerika dan Korea Selatan.

Setiap ahli WayV tersebut datang daripada negara yang berbeza seperti Taiwan, German, Thailand dan China.

Seperti mana-mana kumpulan muzik, sokongan dan ucapan ulang tahun boleh dibaca di Twitter di bawah carian #WayV_4thAnniversary. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram