Varisu antara 5 carian paling 'hot' minggu ini!


  • Relaks
  • Khamis, 12 Jan 2023

Varisu, sebuah filem aksi dibintangi oleh Thalapathy Vijay.

BERDASARKAN laporan Google dan media sosial, di sini Majoriti kumpulkan kata kunci yang menjadi 'trending' hari ini:

1. Varisu

Varisu merupakan sebuah filem aksi yang dibintangi oleh Thalapathy Vijay dan Rashmika Mandanna sebagai watak utama.

Filem ini mengisahkan Vijay Rajendra, seorang lelaki yang hidupnya gembira.

Namun, segalanya berubah apabila bapa angkatnya meninggal dunia tanpa diduga.

Diarahkan oleh Vamshi Paidipally, filem ini turut dibintangi Sangeetha, R. Sarathkumar, Shaam, Prakash Raj dan Samyuktha Karthik.

Dikhabarkan beberapa jam selepas Varisu ditayangkan pada hari pertama, ada laman web cetak rompak dan saluran Telegram telah membocorkan filem itu.

2. Everything Everywhere All At Once

'Everything Everywhere All At Once' merupakan tajuk filem komedi yang dilakonkan Tan Sri Michelle Yeoh, 60.

Ia menjadi kata kunci yang dicari-cari selepas pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi di acara Golden Globe Awards ke-80.

michelle

Tan Sri Michelle Yeoh memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi di acara Golden Globe Awards. — Agensi

Michelle berjaya menewaskan pencabar-pencabarnya seperti Lesley Manville (Mrs. Harris Goes To Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).

Ini merupakan kemenangan pertama Michelle bagi anugerah tersebut sejak beliau mula menceburi dunia lakonan pada 1983.

Dalam filem 'box office', 'Everything Everywhere All at Once', Michelle melakonkan watak sebagai Evelyn Quan Wang, seorang isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia.

3. Jeff Beck

Pemain gitar rock legenda, Jeff Beck meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Menurut kenyataan keluarga yang disiarkan di akaun media sosial rasmi Beck, pemain gitar yang meninggal dunia pada Rabu itu akibat jangkitan bakteria meningitis.

Beck terkenal pada era 60-an selepas menggantikan Eric Clapton dalam kumpulan Yardbirds.

(FILES) This file photo taken on October 20, 2013 shows British guitarist Jeff Beck performing at the Greek Theatre in Los Angeles, California. - Beck died on January 11, 2023 at the age of 78, according to his official website. (Photo by KEVIN WINTER / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Jeff Beck meninggal dunia Rabu pada usia 78 tahun.

Dia kemudiannya meninggalkan Yardbirds selepas setahun bersama untuk menubuhkan kumpulannya sendiri, The Jeff Beck Group yang menampilkan Rod Stewart dan Ron Wood.

Nama Beck dimasyhurkan dalam "Rock and Roll Hall of Fame" pada 1992 sebagai anggota Yardbirds dan sekali lagi pada 2009 sebagai artis solo.

Pada 1985, Beck memperoleh anugerah Grammy pertamanya menerusi persembahan instrumental rock terbaik untuk "Escape."

Sepanjang kerjayanya, Beck memenangi anugerah Grammy sebanyak lapan kali.

4. Blackpink Coachella

Blackpink sekali lagi akan menggegarkan pentas muzik festival Coachella di Amerika Syarikat.

Pada 11 Januari, Coachella secara rasmi mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan di festival muzik tersebut dengan Blackpink, Bad Bunny dan Frank Ocean sebagai artis utama.

1690024

Blackpink, artis K-Pop pertama tampil sebagai 'headliner' di pentas Coachella. — Agensi

Blackpink akan tampil sebagai 'headliner' di pentas Coachella pada 15 dan 22 April.

Rata-rata peminat teruja memandangkan Blackpink melakar sejarah sebagai artis K-Pop pertama yang menjadi ‘headliner’ di Coachella.

Antara artis lain yang akan turut membuat persembahan di fetsival Coachella adalah Becky G, Jackson Wang, Charli XCX, DPR Live, dan DPR Ian.

5.Thunivu

Thunivu, merupakan sebuah filem Tamil arahan H.Vinoth dan diterbitkan oleh Boney Kapoor.

Antara barisan pelakonnya ialah Ajith Kumar, Manju Warrier, Samuthirakani, Pavani Reddy, John Kokken, Mamathi Chari, Veera dan Bagavathi Perumal.

Filem ini mengisahkan Radha (dilakonkan oleh Veera), seorang samseng yang digeruni, dan anak buahnya merancang untuk merompak 'Your Bank', salah satu bank milik persendirian terbesar di Chennai.

FdLlh6saEAAFBHL

Filem Thunivu mengisahkan Radha, seorang samseng yang digeruni.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi kumpulan yang cuba merompak bank sama diketuai oleh individu misteri, digelar Dark Devil.

Polis diketuai oleh Ketua Polis Dayalan, cuba menangkap Dark Devil bagi mengetahui motif sebenar mereka yang terlibat dalam jenayah hingga menjejaskan reputasi pihak polis.

Thunivu turut ditayangkan di beberapa pawagam Malaysia terpilih.

Syarikat produksi dan pengedar filem, Malik Streams Corporation dan Persatuan Peminat Ajith Malaysia turut mempromosikan filem ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram