Live atas kapal, Suria FM catat sejarah The Malaysia Book of Records


  • Hiburan
  • Selasa, 10 Jan 2023

Suraya (tengah), Ajak (kanan) dan Shuib semasa bersiaran selama dua jam bermula pukul 8 pagi pada Selasa.

SURIA FM melakar sejarah tersendiri selepas berada dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai stesen radio pertama tanah air yang bersiaran secara langsung di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream.

Rekod tersebut berjaya dilaksanakan menerusi segmen Morning Morning Suria yang dikendalikan oleh penyampai radio, Suraya, Ajak dan Shuib pada Selasa.

WhatsApp Image 2023-01-10 at 4.55.56 PM

Menurut DJ Lin, perkara tersebut merupakan impiannya semenjak memegang jawatan berkenaan pada 2018.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, perkara tersebut merupakan impiannya semenjak memegang jawatan berkenaan pada 2018.

"Ia umpama mimpi dalam mimpi, rasa terharu, rasa teruja. Benda ini dah lama rancang. Sejak diberi tanggungjawab mengemudi Suria FM sebagai ketua radio Suria FM pada Januari 2018 lagi, DJ Lin dah letak target untuk buat Suria FM diletakkan di MBOR.

"Kami dapat jadikan perkara ini satu realiti di awal 2023. Apatah lagi kami baru menyambut ulang tahun Suria FM ke-15 November lalu," katanya dalam sidang media di George Town, Pulau Pinang pada Selasa.

Tambah DJ Lin, kejayaan Suria FM berusaha mendapatkan pengiktirafan MBOR itu juga akan menyuntik semangat mereka untuk memberi yang terbaik kepada pendengar setia radio tersebut.

WhatsApp Image 2023-01-10 at 4.55.55 PM

Segmen Morning Morning Suria bersiaran atas kapal persiaran mewah pada Selasa

Bukan itu sahaja, DJ Lin juga sempat memberitahu bahawa pihak Suria FM akan menambah dan konsisten berikan yang terbaik terutamanya selepas mereka berjaya menjadi sebagai tiga radio popular di Malaysia.

"Insya-ALLAH dari hari ke hari kami di Suria FM akan cuba menganjurkan dan mengaturkan pelbagai lagi idea serta kempen yang melibatkan pendengar Suria FM," jelasnya.

Siaran langsung segmen pagi Morning Morning Suria membawa tema Suria FM Membelah Samudera dengan kerjasama dari Resort World Cruises.

Bersiaran selama dua jam, Morning Morning Suria juga menjemput tiga penyanyi tanah air iaitu Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee.

Malah, seramai lima pendengar bertuah yang memenangi peraduan Suria 15 tahun yang dijalankan sepanjang November dan Disember turut diundang dalam program itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram