Bagai menggamit memori, 5 filem ini jadikan universiti lokasi penggambaran utama


  • Hiburan
  • Ahad, 09 Okt 2022

Antara adegan dalam filem Ali Setan yang dirakam di USM.

SELAIN jalan cerita yang menarik, lokasi penggambaran filem juga antara yang menjadi peranan utama dalam sesebuah karya.

Lokasi penggambaran ini boleh menjadikan sesebuah filem itu lebih dekat dengan penonton dan boleh dijadikan sebuah karya malar segar.

Ada beberapa filem era 80-an yang menjalani penggambaran di universiti dan sehingga kini, filem itu masih mendapat tontonan khususnya bagi pelajar universiti itu yang ingin melihat apa perbezaan di tempat mereka sejak dulu.

Berikut, Majoriti senaraikan lima filem yang menjadikan universiti sebagai lokasi penggambaran filem.

Ali Setan (1985 - USM)

Siapa yang tidak ingat filem Ali Setan yang dilakonkan Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud.

Sehingga kini, filem yang diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin ini masih ditonton dan ditayangkan di televisyen.

Banyak adegan dalam Universiti Sains Malaysia (USM) yang dirakamkan dalam filem tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang cuba memerhati apa perbezaan yang ada dalam USM apatah lagi filem itu dirakam sejak 37 tahun yang lalu.

ocIuv9pn1Q2t92KHRqr71nlSNxz

Kuliah Cinta (2004 - UPM)

Filem Arahan Datuk A Razak Mohaideen ini menjalani penggambaran di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain Yusry, filem ini juga turut menampilkan Erra Fazira, Farid Kamil, Saiful Apek, Zahida Rafik dan ramai lagi.

Filem ini banyak menampilkan gelagat antara pelajar baharu dan pelajar senior di sesebuah universiti.

Menanti Hari Esok (1977 - UM)

Menanti Hari Esok adalah filem arahan Allahyarham Jins Shamsuddin yang turut dibintanginya.

Menerusi filem ini, terdapat adegan melibatkan Hail Amir dan Noorkumalasari yang dirakamkan di Universiti Malaya (UM).

Selain itu, terdapat juga beberada adegan di sekitar UM yang turut dirakamkan dalam filem tersebut.

MV5BYjA1ZTEyNTctYjY3Zi00YTBkLThmZDktYTFhMWUzYjNlZWM5XkEyXkFqcGdeQXVyNDA0NDMzNTk@._V1_

Dunia Baru The Movie (2008 - Unisel)

Bermula daripada drama ke filem, Dunia Baru The Movie antara karya yang menaikkan nama Universii Selangor (Unisel).

Filem yang dilakonkan Elyana, Pierre Andre, Almy Nadia dan Iqram Dinzly itu juga cukup popular dalam kalangan penonton remaja ketika itu.

Rakaman filem ini juga banyak dijalankan di Kampus utama Unisel yang terletak di Bestari Jaya, Selangor.

Harry Boy (1991 - UiTM Shah Alam)

Harry Boy merupakan sebuah karya arahan AR Badul yang menampilkan Badrul Muhayat dan Sofea Jane.

Kebanyakan adegan yang melibatkan pelajar kolej dirakamkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara.

Selain lokasi di UiTM, satu perkara yang menarik ialah filem ini turut menampilkan pengacara sensasi, Azwan Ali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram