[Video] Terbabas semasa kejar penjenayah, kereta peronda polis rempuh 10 pejalan kaki termasuk kanak-kanak


  • Benua
  • Sabtu, 08 Okt 2022

Tangkap layar keadaan kereta itu selepas kemalangan berkenaan. — Agensi

SERAMAI 10 cedera selepas sebuah kereta polis hilang kawalan dan merempuh sekumpulan pejalan kaki di Longwood, The Bronx, New York, Amerika Syarikat pada Khamis.

Kereta peronda Ibu Pejabat Polis New York (NYPD) itu turut melanggar tiang lalu lintas yang ada di kawasan berkenaan.

Pada sidang akhbar di tempat kejadian, Ketua Peronda NYPD Jeffrey Maddrey berkata, ia berlaku sekitar pukul 3 petang pada Khamis di kawasan Westchester dan Hoe Avenues, The Bronx.

Menurut Maddrey, ketika kejadian, polis bertugas sedang mengejar penjenayah dan kereta polis itu terperangkap di belakang kenderaan lain.

Pada masa sama, kenderaan itu membelok ke kiri, dan kedua-dua kereta itu berlanggar antara satu sama lain, kata Maddrey.

Rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu.

Pegawai polis yang memandu kereta itu hilang kawalan sehingga tersasar ke laluan pejalan kaki yang mana ia melanggar enam pejalan kaki.

Mangsa yang terlibat ialah berumur antara lima hingga 65 tahun.

Dua orang dalam kenderaan lain yang terlibat dalam perlanggaran itu turut cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, kata Maddrey.

Menurut pegawai polis, seramai enam orang di tempat kejadian telah dibawa ke hospital, dan tiada seorang pun daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Bagaimanapun, dua mangsa disenaraikan dalam keadaan kritikal setakat Khamis.

Dua anggota polis turut dirawat, tetapi tidak mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, saksi berkata, kejadian tersebut berlaku dengan sangat pantas sehingga orang awam tidak sempat melarikan diri.

"Mereka tidak dapat bergerak pun," kata saksi Yamil Irazariy. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram