Waspada harga rumah tak masuk akal, artis veteran tiada rumah jadi sasaran 'scammer'


  • Hiburan
  • Jumaat, 23 Sep 2022

Kerajaan sebelum ini ada menyediakan tawaran istimewa rumah PPR kepada golongan artis memerlukan.

KECOH di media sosial berkaitan dengan penawaran rumah serendah RM10 oleh sebuah syarikat hingga menimbulkan kemusykilan ramai pihak.

Syarikat itu bukan sahaja menawarkan rumah itu kepada penggiat seni, tetapi juga menggunakan artis sebagai jurucakap mereka.

Namun, di sebalik semua dakwaan itu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave berkata, dia juga pelik dengan penawaran harga rumah serendah itu.

"Kalau betul-betul nak bantu artis, kita sentiasa alu-alukan. Tetapi kena buat dengan cara yang betul.

"Maksudnya rumah itu kena ada kelulusan dan pengesahan daripada pihak berwajib. Tapi pelik juga bila ada yang mampu menawarkan rumah dengan harga serendah itu," katanya kepada Majoriti.

Datuk Irwan Shah Abdullah or DJ Dave as he is better known, says he bought an old Datsun  just to obtain the DJ 500 number plate because the plate bears his  lucky number, five.

DJ Dave akui tawaran rumah serendah RM10 kepada artis ibarat tidak logik.

Menurut DJ Dave atau nama sebenarnya, Irwan Shah Abdullah, scammer memang akan mencari artis yang lemah dan tiada rumah sebagai sasaran untuk dibantu.

Disebabkan itu katanya, golongan artis perlu membuat semakan teliti terutamanya melibatkan tawaran yang tidak masuk akal.

"Sebenarnya kita ada mendapatkan rumah menerusi bantuan kerajaan sebelum ini. Alhamdulillah, ada yang sudah memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

"Kerajaan memang ada bagi tawaran istimewa bayaran sewa bulanan yang rendah dan rumah itu akan terus diberikan kepada mereka dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Tambahnya, RM10 memang kelihatan sikit tetapi kalau dikumpul boleh menyebabkan keuntungan besar kepada pihak yang menipu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram