Selamat bedah wajah, Lucinta Luna dipuji persis ratu tapi ada kata macam lelaki, betul ke?


  • Relaks
  • Isnin, 08 Ogos 2022

Lucinta Luna tampil menunjukkan wajahnya selepas selesai menjalani pembedahan plastik. — Agensi

LUCINTA Luna akhirnya menjawab pertanyaan orang ramai menerusi saluran YouTube peribadinya berkenaan wajah terkininya hasil pembedahan plastik yang dijalankan baru-baru ini.

Dalam video itu, Lucinta Luna kelihatan sangat berhati-hati ketika menanggalkan topeng yang digunakan untuk menutup mukanya.

Menerima pelbagai maklum balas di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji wajah beliau yang dikatakan sangat cantik seperti seorang ratu.

"Ya Tuhan, awak sangat cantik. Para lelaki pasti tertawan, inilah ratu keabadian dan ratu sembilan kehidupan yang sebenar. Sangat cantik, saya bersumpah," kata salah seorang peminat Lucinta Luna dalam video tersebut.

"Saya bersumpah kawan-kawan, ini kali pertama saya melihatnya dan tidak boleh berkata-kata. Dia sangat cantik," tambahnya.

1537524

Keadaan Lucinta Luna semasa menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan. — Agensi

Perubahan wajah Lucinta Luna turut menjadi perhatian umum masyarakat di Indonesia mahupun luar negara. Beliau yang menggelarkan dirinya sebagai Ratu Keabadian sanggup terbang ke Korea Selatan bagi melakukan pembedahan plastik.

Namun begitu, tidak semua yang bersetuju dengan kecantikan beliau apabila ada yang berpendapat bahawa wajah baharu Lucinta Luna kelihatan seperti lelaki.

"Ia kelihatan lebih seperti seorang lelaki," tulis seorang netizen. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram