Tentera Udara UK guna moto bahasa Melayu


  • Relaks
  • Selasa, 12 Jul 2022

Logo Skuadron No.100 Tentera Udara Diraja UK yang menggunakan moto 'Sarang Tebuan Jangan Dijolok'.

SKUADRON Tentera Udara Diraja United Kingdom (UK) menggunakan moto dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris atau Latin yang lebih biasa digunakan.

Moto Skuadron No.100 Tentera Udara Diraja UK yang dibubarkan baru-baru ini ialah 'Sarang Tebuan Jangan Dijolok'.

Skuadron No.100 ditubuhkan pada 23 Februari 1917 sebagai unit pengebom malam, Royal Flying Corps yang berkhidmat di Perancis semasa Perang Dunia Pertama.

Unit ini meninggalkan Eropah pada 1934 dan kemudiannya berpusat di Seletar, Singapura dari 1934 hingga 1942.

Ia merupakan unit yang menerbangkan pesawat pengebom torpedo jenis Vickers Vilderbeest dalam serangan terhadap tentera Jepun.

Skuadron No.100 pernah berkhidmat di Teater Eropah Perang Dunia II (teater pertempuran utama semasa perang dunia kedua) sebagai sebahagian daripada Komando Pengebom Tentera Udara Diraja UK.

Skuadron No.100 berfungsi sebagai unit pengebom nuklear sebelum berkhidmat menjadi skuadron latihan dan akhirnya dibubarkan pada 31 Mac tahun ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram