Syarikat penerbangan Malaysia antara yang pertama guna pesawat jenis Boeing 737


  • Relaks
  • Rabu, 06 Jul 2022

Malaysia Singapore Airlines adalah antara pelanggan pertama untuk pesawat jenis Boeing 737. — Facebook/The Boeing Company

ADA yang mendakwa bahawa syarikat penerbangan Malaysia merupakan pengendali pertama pesawat jenis Boeing 737 pada akhir 1960-an.

Perkara itu sebelum ini sering menjadi tanda tanya sehinggalah Facebook rasmi Boeing mengesahkan dakwaan tersebut.

Boeing mengesahkan fakta itu sempena meraikan 75 tahun kerjasama dengan syarikat penerbangan di Malaysia dan Singapura.

"Pada 1969, syarikat legasi Malaysia Airlines dan Singapore Airlines (Malaysia Singapore Airlines), adalah antara pelanggan pertama untuk pesawat jenis Boeing 737.

Catatan Facebook rasmi syarikat Boeing.

"Ketika itu, Malaysia Singapore Airlines menggunakan tujuh daripada 30 pesawat Boeing jenis 737-100s," kata pengeluar lebih 11,000 pesawat jenis Boeing 737 sejak penerbangan pertamanya pada 1967. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram