SEBUAH kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat (AS) mengalami kerosakan selepas melanggar objek yang tidak dikenali di Laut China Selatan pada Sabtu.
Tentera Laut AS dalam satu kenyataan, semalam, berkata kapal serangan pantas berkuasa nuklear terbabit, USS Connecticut, melanggar suatu objek ketika menyelam dalam perairan antarabangsa di wilayah Indo-Pasifik.
Menurutnya, tiada kecederaan yang mengancam nyawa dilaporkan susulan insiden itu.
Bagaimanapun, USNI News, melaporkan kira-kira 12 kelasi mengalami kecederaan ringan dan sederhana.
Dalam laporan sama, kapal selam terbabit sedang beroperasi di Laut China Selatan, yang mana Tentera Laut AS berusaha mencabar tuntutan China terhadap kawasan yang menjadi pertikaian itu.
Pihak tentera laut memaklumkan, tahap kerosakan pada kapal selam itu sedang diteliti, selain siasatan juga giat dijalankan berhubung insiden berkenaan.
"Kapal selam terbabit berada dalam keadaan selamat dan stabil. Ruang serta loji pemacu nuklear USS Connecticut tidak terjejas dan kekal beroperasi sepenuhnya," katanya.
Menurut laporan USNI News, kapal selam itu kini menuju ke pangkalan AS di Guam. — Agensi