Sisi penyayang Penny Wong, anak jati Sabah bergelar menteri di Australia


James (kiri) dan Penny merakam momen bersama ketika jamuan barbeku keluarga mereka. — Ihsan James

BAGI kebanyakan orang lain di seluruh dunia, Penny Wong mungkin merupakan ahli politik yang disegani kerana ketegasannya dalam berbicara.

Bagaimanapun wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang baru dilantik sebagai Menteri Luar Australia selepas pilihan raya kebangsaan hujung minggu lalu, dia dikenali sebagai individu yang baik dan penyayang.

Sifat itu dianggap jauh berbeza daripada persona Penny di khalayak ramai.

Bagi adik lelakinya James, Penny bukanlah individu yang sukar didekati tetapi seorang yang akan bersuara untuk mewakili kumpulan yang tertindas.

“Sudah menjadi sifatnya untuk membela orang yang lebih lemah. Dia tidak melakukannya secara agresif tetapi akan membela mereka berdasarkan prinsip.

“Penny penyayang dan sifat itu bukan dibuat-dibuat...dia mempunyai sisi yang lemah-lembut. Walaupun kami adik-beradik ada perselisihan faham, dia akan membela yang lemah dalam kalangan kami. Dia tidak pernah bersikap autoritarian,” kata arkitek berusia 35 tahun itu, seperti dipetik The Star.

32ba9a71d766ca44039704d48131bab2

Penny (dua kanan) merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik. — Agensi

Memberi gambaran lebih lanjut tentang keperibadian Penny, James yang juga satu-satunya ahli keluarganya di Sabah memberitahu, kakaknya seorang yang bersahaja dan tidak terlalu mengikuti protokol.

Penny, 53, adalah anak sulung daripada tujuh adik-beradik daripada dua perkahwinan bapa mereka, Datuk Francis Wong.

Dia adalah salah seorang daripada dua anak hasil perkahwinan pertama antara Francis dan isteri Australia manakala James adalah daripada perkahwinan kedua Francis.

Penny mendapat pendidikan di Universiti Adelaide dan kemudian mewakili kesatuan sekerja sebagai peguam mahkamah perindustrian di ibu negara Australia Selatan.

Menurut James, walaupun Penny jauh lebih tua daripadanya, dia menjadi sebahagian daripada keluarga Wong yang menghabiskan banyak masa bersama-sama ada di Sabah atau Australia.

“Kami semua membesar bersama sebagai satu keluarga, dia kerap melakukan perjalanan ke KK (Kota Kinabalu). Dia suka membuat lawatannya ke KK secara low-profile dan berjalan-jalan seperti pelancong biasa," kata James.

Penny Wong, Australia's finance minister, stands for a photograph in Sydney, Australia, on Friday, June 17, 2011. Australia's economy will recover faster than anticipated from last quarter's contraction driven by a record mining boom, Finance Minister Penny  Wong  said. Photographer: Ian Waldie/Bloomberg *** Local Caption *** Penny Wong

Kisah kejayaan Penny dalam bidang politik sepatutnya menjadi inspirasi kepada anak muda Sabah.

Dia masih ingat apabila Penny datang bercuti di Kuala Lumpur semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Australia, mereka akan senyap-senyap melepak di sekitar Kuala Lumpur.

“Kami diam-diam melepak di KL. Apabila kerajaan Malaysia menyedari kehadirannya, boleh dikatakan secara serta-merta terdapat kawalan keselamatan di sekeliling hotel. Kami hanya ketawa apabila ia berlaku,” tambah James.

Kejayaan Penny sudah tentu menjadi kebanggaan keluarga kerana dia terus maju dalam politik Australia melalui Parti Buruh yang memenangi pilihan raya baru-baru ini dengan pemimpinnya, Anthony Albanese mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

James berkata, kemenangan besar Penny di bawah Parti Buruh menunjukkan jumlah sokongan rakyat untuknya.

“Itu sangat mengejutkan saya. Ia (kemenangan Penny) adalah bukti keupayaannya.

“Kami senang hati mendengar laporan berita mengatakan beliau telah dipertimbangkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Ini menjadi bukti dia telah melakukannya dengan baik dan kami berbangga dengannya,” katanya merujuk kepada cakap-cakap politik selepas pilihan raya.

Labor Party senator Penny Wong smiles as she introduces party leader Anthony Albanese at an event in Sydney, Australia, Sunday, May 22, 2022, after Prime Minister Scott Morrison conceding defeat to Albanese in a federal election. (AP Photo/Rick Rycroft)

Kemenangan besar Penny di bawah Parti Buruh dalam pilihan raya baru-baru ini menunjukkan jumlah sokongan rakyat untuknya. — Agensi

James berkata, kisah kejayaan Penny dalam bidang politik yang diceburi sepatutnya menjadi inspirasi kepada anak muda Sabah.

"Melihat kepada kebangkitan seorang gadis Sabah dalam politik Australia, bermakna rakyat Sabah mempunyai potensi untuk berjaya dan tidak boleh memandang rendah diri mereka sendiri,” tambahnya.

Adik beradik James yang lain telah meninggalkan Sabah untuk menetap di Australia. Begitu juga dengan bapa dan ibunya yang turut berada di sana bersama semua cucu mereka.

“Saya seorang sahaja yang tinggal di sini. Saya sayang Sabah,” kata James, yang mengetuai Jawatankuasa Dewan Perniagaan Malaysia-China cawangan Sabah.

Bapa mereka, Francis merupakan seorang arkitek Sabah yang disegani yang antara lain terlibat dalam menyumbang nasihat teknikal kepada pembangunan bandar dan bandar Kota Kinabalu selama ini, sebelum beliau bersara.

Bagi James dan ahli keluarga lain, tidak kira ke mana rezeki politik Penny, dia dianggap kakak yang hebat dan penyayang yang sentiasa ada untuk mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram