Sang Kenari musim ini tiada beza dengan zaman 2004 sebelum Azraai ganti Mirandinha


  • Podium
  • Khamis, 12 Mei 2022

Azraai Khor (dua dari kiri) antara individu yang menaikkan semula Kedah ketika zaman kejatuhan pasukan itu pada 2004.

MAJORITI penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilihat mengeluh apabila melihat prestasi tidak menentu pasukan kesayangan mereka musim ini.

Namun, seorang penyokong KDA FC, Faiz Rodzi memberitahu, apa yang berlaku pada pasukan Sang Kenari kini pernah terjadi pada 2004.

"Keadaan Kedah sekarang ini lebih kurang masa zaman jurulatih Mirandinha pada 2004 dulu di mana pemain penyerang konsisten jaringkan gol manakala pemain pertahanan konsisten lepaskan gol.

"Punyalah teruk pertahanan masa itu sampai kena bantai 7-1 lawan MPPJ, kena kekah dengan Perlis 6-3,4-0, lawan Public Bank leading 3-1 akhirnya kena 4-3, lawan Pahang pula leading dua kali 2-1, 3-2 akhirnya kena 4-3.

279920916_422084256419597_9075414210312721967_n

Ronald Ngah yang sebelum ini dikritik mula menunjukkan kemampuannya dalam menjaringkan gol.

"Import bersilih ganti dalam semusim Marco Manso, Leonardo Veron, Gaston Stang, Andre Marcolina out masuk Hugging, Cristiano Selbach baru nampak function," katanya.

Menurutnya, jurulatih pun ditukar ketika itu yang mana Mirandinha akhirnya digantikan dengan Azraai Khor Abdullah, barulah nampak keharmonian dalam pasukan.

"Ketika itu pemain import tak perform terus ditukar, tak perlu tunggu lama," katanya.

Selepas daripada itu katanya, barulah Kedah dapat mengembalikan semula momentum sehingga menang ketika melawan juara Liga Super, Pahang dengan jumlah 2-0, membelasah PKNS 5-0 dan sampai ke peringkat akhir Piala Malaysia 2004.

279668400_420481419913214_3025571343198921574_n

Reaksi suram penyokong KDA FC selepas aksi tidak menentu yang dipamerkan dalam setiap perlawanan.

"Masuk tahun 2005, mula reset team balik. Bina pasukan sampailah tahun 2008, Kedah menang semua piala domestik dan timba pengalaman masuk Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun berikutnya.

"Budaya kerja dan pemikiran arwah Datuk Ahmad Basri kita kena contohi kalau nak tengok Kedah kembali ke landasan yang tepat," katanya.

Menerusi lima perlawanan sebelum ini, KDA FC hanya mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram