SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sepatutnya lantang bercakap mengenai isu kenaikan harga barang makanan, kata Rafizi Ramli.
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), itu berkata, perkara tersebut adalah sesuatu yang dialami oleh hampir semua rakyat Malaysia.