TAHUN ini menyaksikan banyak lagu-lagu raya baharu dihasilkan dengan pelbagai eleman baharu semata-mata mahu tampilkan satu kelainan.
Namun menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Cahaya Aidilfitri, Ramlah Ram, setiap lagu sebenarnya mempunyai kelompok pendengar yang tersendiri.
"Memang betul, terpulang kepada pendengar untuk menilai sesuatu lagu dan mereka yang tentukan untuk suka ataupun tidak.
"Tetapi saya secara peribadi kalau boleh biarkanlah lagu raya itu dikekalkan dengan elemen tradisional yang boleh menjadikan sesuatu karya itu malar segar.
Ramlah Ram tidak setuju jika lagu raya dimodenkan dengan keterlaluan.
"Kalau nak tambah elemen baharu yang lebih moden pun, saya rasa tidak perlulah keterlaluan sehingga menghilangkan feel lagu raya yang sepatutnya," katanya.
Baru-baru ini heboh apabila muzik video lagu raya yang dinyanyikan Datuk Seri Aliff Syukri dikecam kerana menampilkan elemen yang tidak sesuai melibatkan penari latarnya sehingga beliau dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam pada itu, Ramlah Ram juga berkata, jika ada sesiapa yang mahu menjadi penyanyi, biarlah mempunyai bakat dan bukan main nyanyi sahaja.
Jelasnya, kalau dulu nak jadi penyanyi memang kena pastikan bakat dan kemampuan seseorang itu.
"Kalau setakat buat satu lagu untuk jadi viral dan kemudian menggelarkan diri sebagai penyanyi saya memang tidak akan setuju.
"Bagi saya sebagai seorang yang cintakan industri nyanyian memang rasa tak seronoklah.
"Tapi kalau dah di media sosial, banyak yang setuju dan bebas nak buat apa sahaja memang tiada daya untuk menghalang perkara itu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram