Suria FM saji pelbagai program menarik sempena Aidilfitri


  • Hiburan
  • Selasa, 26 Apr 2022

Barisan penyampai radio di stesen Suria FM.

MENGANGKAT tema Nikmati Bersama, stesen radio Suria FM menyajikan pelbagai hidangan program bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Besar Suria FM, Rosalinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, program hari raya tidak hanya terhadap di radio sahaja, sebaliknya juga di semua platform digital Suria FM.

"Sudah pasti kita menjanjikan hidangan hiburan yang terbaik buat semua pendengar Suria FM yang kini mencatat pengdengar mingguan hampir 3.5 juta pendengar.

"Jumlah pendengar itu adalah peningkatan sebanyak 11 peratus atau 350,000 pendengar menurut kaji selidiik terbaharu GFK," katanya.

Berikut adalah seleksi program Suria FM Raya.

1. Lagu Raya Suria 2022 dan Muzik Video: Pelukan Aidilfitri

Tarikh siaran: 20 April 2022

Masa: 8 pagi

Suria sekali lagi membawakan lagu raya terbaharu pada tahun 2022 yang berjudul Pelukan Aidilfitri ciptaan Achoi Floor 88 dan Oja dan MV yang menampilkan pelakon veteran, Wan Maimunah.

2. Di sebalik Tabir (BTS) Drama Raya Suria 2022: Dodol Tak Bergula

Tarikh siaran: 21 April 2022

Masa: 12 tengah hari

Di sebalik tabir drama raya Suria 2022, Dodol Tak Bergula menampilkan barisan penyampai radio Suria FM dan pelakon veteran, Wan Maimunah.

Penonton turut dapat melihat gelagat dan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon yang menceritakan tentang watak dan pengalaman mereka sepanjang di lokasi penggambaran di Sijangkang, Selangor.

SURIA 3

3. Drama Raya Suria 2022: Dodol Tak Bergula

Tarikh ditayangkan: 22 April 2022

Masa: 9 malam

Dodol Tak Bergula sebuah drama pendek tajaan Quran Humaira ini berkonsepkan pengajaran dan unsur komedi santai yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Mak Leha yang gemar membuat dodol dan seorang yang sering disenangi oleh orang kampung kerana sifatnya yang peramah.

Tetapi sifatnya tidak disenangi oleh Lin dek kerana dendam kesumat yang tersimpan berpuluh tahun akibat perebutan tanah pusaka.

Selepas tahun berganti, sedikit perubahan mulai terlihat pada sosok figura tersebut.

Jadi apakah perubahan yang berlaku pada diri Mak Leha? Adakah dendam kesumat antara Mak Leha dan Lin akan menemui titik noktah? Jangan lupa saksikan!

SURIA 2

4. Pengagihan Kotak Infak Suria

Tarikh: 28 April 2022

Suria FM telah melancarkan kempen Kotak Infak Suria mulai 8 April lalu sehingga 28 April 2022.

Hampir 200 kotak infak telah terjual dan akan disalurkan kepada golongan mualaf dan anak-anak Asrama Darul Falah di bawah jagaan organisasi Perkim.

Kotak Infak Suria dijual dengan harga RM55 mempunyai barangan seperti sejadah, minyak wangi mesra wuduk, pelitup muka dan hand sanitizer.

Pengagihan akan diadakan di Perkim Jalan Ipoh dan akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan para penyampai Suria FM, penampilan istimewa dari kumpulan nasyid terkenal Inteam dan penyanyi popular Sarah Suhairi.

5. Carta Suria Top 40 Raya

Tarikh siaran: 30 April & 7 Mei 2022

Masa: 10 pagi - 2 petang

Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan Team Pagi Suria dan Suria Petang dengan menampilkan selebriti popular, Amir Masdi, Fieya Julia, Ramlah Ram dan Naim Daniel sebagai tetamu jemputan selama empat jam pada 30 April dan 7 Mei pukul 10 pagi hingga 2 petang.

SURIA

6. Team Pagi Suria Raya

Tarikh siaran: 3 - 5 Mei 2022

Masa: 6 pagi - 10 pagi

Pagi raya anda akan lebih kecoh dengan Team Pagi Suria Raya bersama Fizi Ali, Suraya dan Ajak serta penyanyi popular Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, Sophia Liana, Ziana Zain, Cik Man, Syamel dan Ernie Zakri serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin pada Isnin hingga Jumaat.

7. Takbir Raya Suria 2022

Tarikh siaran: 2 - 3 Mei 2022

Masa: 8 - 9 pagi

Saksikan video Takbir Raya Suria 2022 yang dibarisi oleh Penyampai Suria FM juga kakitangan Suria, dan penampilan istimewa daripada penyanyi popular, Lah Ahmad dan Ustaz Munif (Hijjaz) yang berlokasi di Masjid Sendayan, Negeri sembilan.

Takbir Raya akan bersiaran pada malam raya sehingga hari raya pertama di semua digital platform Suria Malaysia termasuk di radio Suria FM.

Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Raya ini.

Gunakan #RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram