Alif Hadi masih dalam fasa kenal hati budi Yasmin Hani


  • Hiburan
  • Selasa, 26 Apr 2022

ALIF sebelum ini pernah berkongsi kepada media bahawa dia rapat dengan Yasmin sejak wanita itu kembali solo.

"BIARLAH kami mengenali hati budi masing-masing," itu komen pengacara dan pelakon Alif Hadi mengenai perkembangan hubungannya dengan Yasmin Hani.

Menurut jejaka berusia 34 tahun itu, dia mengakui tertarik dengan Yasmin dan menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang peramah, baik dan manis.

"Kami berbeza personaliti, dia peramah saya pula pendiam, itu antara faktor yang membuat kami serasi.

"Yasmin juga seroang yang baik dan manis dan itu juga membuat saya lebih tertaik kepada dirinya," katanya.

YASMIN (kiri) dan Alif — Instagram/Alif Hadi

Tambahnya lagi, antara dia dan Yasmin, keduanya masih dalam proses saling mengenali dan dia tidak mahu memaksa perhubungan tersebut dan faham dengan situasi Yasmin.

Jelasnya, Yasmin lebih berpengalaman dan pernah berkahwin, apa yang penting ibu kepada dua cahaya mata itu juga bersedia menerima insan lain dalam hatinya.

"Yasmin bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini, jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Yasmin turut mendedahkan dia dan Alif masih di peringkat permulaan dan dan ingin mendalami hati budi masing-masing.

Kata wanita berusia 43 tahun itu, masih terlalu awal untuk mereka bercinta dan jika sudah ada hala tuju, perkara itu akan dikongsi kepada umum.

"Saya tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan, apa pun yang terjadi saya mahu kami berdua masih berkawan dan tidak putus hubungan.

"Dia seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa, malah seorang yang menghormati orang serta sopan dan itu membuat saya terpikat," ujarnya.

Yasmin bercerai dengan suaminya, Sha'arin Mohamed Razali pada Disember 2021 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram