Figura antivaksin, artis antara identiti anak guam peguam Siti Bainun dibongkar netizen


Nurul Hafidzah sebelum ini pernah mewakili Abu Syafiq yang juga pernah dikecam netizen.

PEMBELA pihak yang dibenci, gila glamor, itu antara kecaman yang dilontarkan warganet terhadap peguambela kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun untuk kes penderaan kanak-kanak Sindrom Down, Bella.

Sejak tularnya gambar 10 peguambela bersama Siti Bainun di hadapan mahkamah dan video-video kenyataan balas sebahagian mereka terhadap kecaman netizen baru-baru ini, kes ini bukan lagi sekadar mengisahkan tentang keadilan buat Bella, tetapi turut membongkar masa silam peguam tertuduh.

Perkara itu turut dikongsi menerusi hantaran pemilik akaun Twitter, @aidi_ezzhar yang mendedahkan bahawa salah seorang peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan sebelum ini pernah menjadi wakil buat individu dan selebriti yang turut dikecam hebat netizen.

hafidzah 2

Katanya, wanita berkenaan sebelum ini pernah mewakili Abu Syafiq Al-Asy'ary, yang bukan sahaja merupakan anti-vaksin, malah sering mendapat kecaman ramai.

Selain aidi_ezzhar, ramai pengguna Twitter lain turut mendedahkan anak guam yang pernah diwakili oleh Nurul Hafidzah.

Pemilik akaun, @twtbiy berkongsi bahawa peguam itu pernah mewakili pelakon Zarina Anjoulie.

Seterusnya, @NoorAfdah pula menulis ringkas yang Nurul Hafidzah juga peguam untuk selebriti Lan Solo dan Syura untuk kes fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana.

hafidzah 3

Sementara itu, selebriti Nabila Huda juga berkongsi bahawa Nurul Hafidzah juga merupakan peguam yang pernah mengaibkan dirinya dan mewakili aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim.

hafidzah 4

Dalam kes berkenaan, Fatimah Zaharah menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah RM900,000 kepada anak penyanyi rock, Amy Search itu kerana mendakwa dirinya menyalahgunakan bantuan mangsa-mangsa banjir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram