Seolah-olah penat menahan kesedihan, renungan Puteri Sarah bagai menceritakan segala-galanya


  • Hiburan
  • Rabu, 20 Apr 2022

Puteri Sarah bakal menunaikan umrah pada Khamis ini.

NAMPAK di mata Puteri Sarah penat bertahan, itu perkongsian seorang peminat terhadap hantaran Tiktok isteri kepada Syamsul Yusuf itu baru-baru ini.

Mengaitkan pandangan sayu selebriti, Puteri Sarah Liyana itu dengan masalah rumah tangganya bersama Syamsul Yusuf, rata-rata peminat seolah-olah memahami perasaan berdepan dugaan yang dihadapinya.

Berkongsi di Twitter, seorang peminat, @niedaothman turut bersimpati dengan ibu kepada dua cahaya mata itu yang selama ini menyimpan kisah duka dicurangi oleh suaminya.

"Kasihan Puteri Sarah, mesti sukar baginya untuk mendedahkan masalah bersama suaminya.

"Nampak kat mata dia (Puteri Sarah) penat bertahan," katanya.

puteri sarah 1

Sementara itu, pemilik akaun Twitter, @fxrzna_ pula memberitahu bahawa dia merasa sebak selepas menonton video Puteri Sarah itu di Tiktok.

"Tengok video ini di Tiktok, saya tidak tahu kenapa jadi sedih, nampak seolah dia menyimpan kesedihan disebalik senyuman," ujarnya.

puteri sarah 2

Pemilik akaun, @maslinda5330 pula mendoakan supaya ALLAH mempermudahkan segala urusan yang dilalui Puteri Sarah ketika ini.

"Senyumannya dia pun penuh rahsia... tidak pasti apa yang terjadi tetapi semoga ALLAH permudahkan segalanya, senyuman itu," tulisnya.

puteri sarah 3

Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi di media sosial berhubung masalag rumah tangga melibatkan orang ketiga yang merupakan anak kepada pelakon dan penyanyi Kazar, Ira Kazar.

Gagal menyembunyikan perasaan kesal, Puteri Sarah juga berkongsi bahawa dia juga sering diganggu individu terbabit tetapi bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

DIfahamkan konflik rumah tangga tersebut berlaku sejak 2019 iaitu tahun yang sama gosip hubungan Syamsul dan Ira terdedah.

Puteri Sarah, turut berpesan kepada Ira untuk berhenti mengganggunya.

Bakal berangkat untuk menunaikan umrah pada Khamis, aktres itu juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia 'dingin'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

·