Risau tanggung derita semasa puasa, pesakit gastrik perlu elak makanan ini


  • Sihat
  • Selasa, 19 Apr 2022

Antara simptom yang boleh berlaku kepada pesakit gastrik ialah pedih ulu hati, loya, muntah serta kembung perut.

PUASA menyebabkan pola makan seseorang itu berubah, daripada makan sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam namun berubah menjadi dua kali sehari menjelang pausa.

Menurut halaman Hello Doktor, asid perut yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan perut yang disebut sebagai pedih hulu hati atau dispepsia dan antara simptom yang boleh berlaku kepada pesakit gastrik ialah pedih ulu hati, loya, muntah serta kembung perut.

Perubahan pola makan itu menyebabkan sebilangan orang yang menghidap gastrik akan mengalami pedih ulu hati ketika berpuasa sehingga menyebabkan mereka memilih untuk tidak berpuasa.

Namun hakikatnya, Pakar Bedah Am, Hospital Columbia Asia Cheras, Kuala Lumpur, Dr Mohd Razale Hassan berkata, masalah gastrik yang dialami oleh sesetengah orang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menunaikan ibadah puasa yang merupakan Rukun Islam ketiga.

"Selalu orang cakap 'saya ni ada gastrik doktor, bolehkah puasa? Selalu orang guna alasan untuk tidak berpuasa.

"Tapi malangnya pada bulan puasa ini kurang orang jumpa saya disebabkan gastrik. Mungkin sebab keberkatan bulan Ramadan ini," katanya menerusi perkongsian video dilaman Instagram Dr Malar.

Menurutnya, seorang pesakit gastrik perlu mengelak makan makanan pedas dan berasid bagi membantu untuk berpuasa dengan baik tanpa mengalami simptom-simptom yang teruk.

Malah, Razale juga menasihati agar mengambil diet yang seimbang iaitu makan makanan yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat dan protein ketika bulan puasa bagi mengelak kemudaratan.

diet kkm

Piramid makanan diet seimbang yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Secara umum kita tahu orang gastrik tidak boleh makan pedas, jangan makan benda masam. Tidak kisahlah minuman ke yang ada kandungan asid, masam perlulah dielakkan supaya kita boleh berpuasa dengan baik.

"Samalah juga semasa berbuka puasa, jangan makan minum banyak. Bukannya ambil semua yang jual kat bazar Ramadan selepas itu masukkan dalam mulut dalam satu masa.

"Sahur pun sama, janganlah malas nak bangun lepas itu minum air sahaja. Tidak elok minum air sahaja, nanti dapat gastrik pula lepas itu ambil jalan buka puasa," katanya.

Kesimpulannya, bagi pesakit gastrik perlulah mengikut cara yang betul ketika berpuasa iaitu makan makanan yang seimbang semasa bersahur dan berbuka, jangan amalkan tabiat pemakanan yang membawa keburukan kepada diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram