BULAN Ramadan adalah bulan yang paling suci buat umat Islam, dan disertakan dengan berpuasa dari subuh hingga ke senja.
Bagaimanapun, pada waktu berbuka puasa – keinginan menjelma dalam pelbagai rupa.
Kadangkala selera anda mengidamkan sesuatu yang manis, segar atau lebih mewah, malahan ada masanya anda terlalu letih untuk memikirkan sajian yang ingin dijamah!
Di Subway, pelbagai hidangan ditawarkan untuk setiap mood dan lebih teruja untuk meraikan musim perayaan ini bersama anda.
1. Kenyang sepanjang malam
Hidangan Subway mengenyangkan hingga ke Subuh.
Walaupun pada hari biasa, merancang sajian tengah hari dan malam memang memenatkan! Sepanjang Ramadan, hal yang sama dilalui dan apabila pulang dari kerja tentu sekali berharap makanan yang dipesan sudah tiba sebelum waktu berbuka puasa.
Inilah peranan Subs dengan rotinya sepanjang 12 inci dari Subway – untuk memuaskan anda dari waktu senja hingga ke subuh.
Sempena bulan puasa ini, cubalah berbuka puasa dengan sajian Sub ukuran sekaki!
Anda boleh memilih hidangan dan menghiasnya mengikut kegemaran untuk kekal kenyang sepanjang hari. Sub ini pasti akan memulihkan tenaga anda selepas seharian berpuasa dan membantu anda bertahan sehingga waktu sahur seterusnya!
2. Roti John DIY
Roti John antara salah satu sajian bazar Ramadan yang ikonik.
Cuba namakan sajian bazar Ramadan Malaysia yang lebih ikonik daripada Roti John.
Jika anda seorang peminat sajian kegemaran tempatan ini, anda mungkin menyukai kombo sepanjang sekaki ini yang mirip hidangan ini, tetapi dengan #Kesegaran tambahan.
Pilih roti kegemaran anda, padankan dengan Potongan Ayam Bersalut Serbuk Roti, dan tambahkan satu sudu Mayo Telur yang penuh dengan kebaikan telur, dan sedikit sos BBQ serta cili untuk rasa pedas yang tersendiri itu.
3. Kenyang dengan pelbagai sayur-sayuran
Tambahan sayur-sayuran melengkapkan serat dan nutrien dalam hidangan anda.
Kita semua sedia maklum bahawa sajian bazar Ramadan memang menyelerakan tetapi mungkin tidak menyediakan khasiat sayur-sayuran yang anda perlukan.
Selain itu, apabila anda berpuasa sepanjang hari, mungkin agak sukar untuk mendapatkan serat dan nutrien yang mencukupi dengan hanya dua hidangan.
Jika pernah membeli menu Sub, anda pasti tahu apa yang ingin disampaikan kerana di Subway anda bebas untuk memilih pelbagai jenis sayur-sayuran kegemaran. Dan jika anda tiada mood untuk roti, anda boleh memilih wrap, atau salad yang tidak menggunakan roti langsung!
4. Kombinasi sub paling mewah
Rasa Mac & Cheese boleh diserlahkan lagi dengan sedikit sos bawang manis.
Selepas seharian berpuasa, selera makan anda pasti bertambah, dan adakalanya anda inginkan sajian yang lebih mewah.
Apabila anda memikirkan Sub, anda mungkin berpendapat ia terasa segar dan ringan. Nah, inilah kombo yang akan mengejutkan anda: Untuk Sub Stik dan Keju sepanjang sekaki anda, sila sampaikan kepada 'artis' Sandwic yang anda bukan hanya mahukan satu hidangan Mac & Keju, tetapi juga satu cedok Cendawan Cincang.
Sekarang serlahkan lagi rasanya dengan sedikit sos bawang manis, dan jangan takut untuk memesan keju tambahan untuk rasa yang lebih mewah. Order je, anda berhak menikmatinya.
5. Kumpulkan seisi kampung
Biskut Subway kegemaran rakyat Malaysia.
Akhir sekali, Ramadan adalah masa untuk berkongsi, daripada melakukan amal kebajikan hinggalah kepada berkongsi makanan dengan orang lain, masyarakat serta bersifat penyayang sentiasa merupakan sebahagian daripada semangat Ramadan.
Ramadan ini, kongsikan sub sepanjang sekaki atau beberapa biskut dengan orang di sekeliling anda, daripada insan tersayang, kepada jiran anda, atau hulurkan bantuan.
Tanpa mengira acara atau dengan siapa anda berkongsi Sub anda, Subway berharap agar pengalaman ini akan membawa anda #SatuKakiLebihMesra. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram