UMAT Islam di seluruh dunia berpuasa, menunaikan solat, dan menahan diri daripada makan dan minum sepanjang Ramadan.
Selain itu, bulan yang mulia ini juga adalah tentang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan masyarakat, menyatupadukan kita sesama manusia, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Hari ini, dengan kemajuan teknologi, terdapat beberapa aplikasi berguna yang tersedia untuk membantu umat Islam menjalankan tugas mereka sepanjang bulan Ramadan.
Berikut adalah tujuh aplikasi penting yang dapat membantu anda menjalani ibadah pada bulan yang mulia ini:
1. Aplikasi Muslim serba boleh
Muslim Pro turut mempunyai kandungan gaya hidup menarik.
Dengan lebih daripada 120 juta muat turun, Muslim Pro (Android, iOS) adalah perisian gaya hidup dan utiliti Muslim yang paling popular di pasaran.
Program mesra pengguna ini bukan sahaja menyediakan waktu solat yang tepat berdasarkan lokasi anda, tetapi ia juga merangkumi kompas kiblat, pengiraan zakat, dan penjejak puasa dan solat!
Selain itu, aplikasi ini turut mempunyai fungsi khatam Al-Quran, yang membolehkan anda membaca ayat Al-Quran dengan kumpulan bacaan yang ditetapkan oleh anda sendiri.
Selain daripada utiliti berguna ini, aplikasi ini juga mempunyai pelbagai kandungan gaya hidup yang menarik seperti artikel blog, video memasak, petua senaman untuk Ramadan dan banyak lagi.
2. Pemakanan sihat
MyFtnessPal membantu orang ramai memantau jumlah kalori yang diambil ketika bulan Ramadan.
Ramadan adalah peluang yang terbaik untuk anda mengamalkan pemakanan yang sihat, dan cara yang berkesan untuk melakukannya adalah memantau menggunakan aplikasi.
MyFitnessPal membantu anda memantau jumlah kalori yang anda ambil, memberitahu sama ada anda makan secara berlebihan atau terlalu kurang pada bulan Ramadan.
Selain itu, ia membolehkan anda mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai tabiat pemakanan anda, sama ada perlu mengubah diet untuk memasukkan lebih banyak kumpulan makanan tertentu seperti meningkatkan pengambilan sayur-sayuran atau produk tenusu.
Ingat, kesederhanaan dan disiplin diri (terutamanya ketika makan) adalah kunci utama pada bulan yang mulia ini!
3. Jadilah tukang masak
Dari kiri: Seminit Resepi dan Kuali
Adakah anda bosan menyediakan juadah iftar dan sahur yang sama? Gunakan beberapa aplikasi resipi yang sangat baik yang tersedia untuk mencungkil bakat terpendam dan aura ‘Chef’ anda!
Kuali, Resipi Makanan Malaysia, dan Seminit Resepi semuanya menawarkan pelbagai menu yang pelbagai untuk memberi anda idea memasak sepanjang bulan ini.
4. Tidur berkualiti
SleepCore membantu orang ramai untuk lebih memahami tempoh seseorang tidur pada waktu malam.
Aplikasi penjejakan tidur seperti SleepScore adalah perisian yang bagus dalam menilai kitaran tidur anda.
Aplikasi ini memberitahu anda bila anda tertidur dan bangun.
Yang penting, ia membantu anda untuk lebih memahami berapa lama tempoh anda tidur pada waktu malam.
Perisian ini menggunakan sensor dalam telefon anda untuk memantau pergerakan dan tahap bunyi pada waktu malam untuk mengenal pasti kualiti tidur anda.
Ia sangat bermanfaat pada bulan Ramadan apabila anda perlu bangun awal sebelum subuh untuk sahur.
Dengan cara ini, anda boleh menilai sama ada anda mendapat tidur yang cukup atau perlu tidur lebih awal.
5. Kisah Islamik untuk kanak-kanak
Terdapat tujuh bahasa boleh didapati dalam Muslim Tales.
Sediakan anak-anak anda dengan hiburan pendidikan yang hebat pada bulan yang mulia ini dengan aplikasi Muslim Tales yang menceritakan kisah-kisah menarik tentang budaya dan sejarah Islam serta cerita-cerita yang diilhamkan dari Al-Quran.
Aplikasi ini memaparkan visual yang menarik dengan watak-watak yang pelbagai dan permainan interaktif yang akan menggembirakan anak anda dalam masa yang sama mendidik mereka tentang prinsip dan nilai Islam.
Muslim Tales boleh didapati dalam tujuh bahasa dan diceritakan oleh pelakon suara profesional. Secara peribadi, kami menggemari kisah Nabi Yusuf, yang mempunyai keupayaan untuk mentafsirkan mimpi. Para ibu bapa harus ada aplikasi ini!
6. Penghantaran makanan
Dari kiri: Foodpanda dan Beep
Anda tergesa-gesa ingin mengejar waktu berbuka puasa? Sama ada anda mencari makanan tempatan seperti murtabak dan ayam percik, atau hidangan pedas seperti tom yam goong, atau snek enak seperti sashimi segar dan sushi - semuanya boleh didapati di hujung jari!
Cubalah pelbagai alternatif penghantaran makanan di Malaysia, termasuk GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood, airasia food, dan Beep.
Sebagai alternatif, anda boleh membuat pesanan terus melalui laman web penghantaran rasmi seperti McDonald's McDelivery, Pizza Hut Delivery, atau Domino's Pizza Delivery. Pilihan yang tersedia untuk anda tidak terbatas!
7. Membeli-belah dalam talian
Dari kiri: Shopee dan FashionValet
Adakah anda sedang mencari pakaian yang cantik bergaya untuk raya ini? Atau mungkin anda perlu menghias rumah untuk mempersiapkan rumah terbuka nanti?
Dengan banyak aplikasi e-dagang yang tersedia, anda tidak perlu lagi melakukan perjalanan ke pusat membeli-belah untuk membeli keperluan anda.
Aplikasi seperti Zalora, Lazada, Shopee dan FashionValet menawarkan pelbagai fesyen dan barangan rumah yang boleh anda dapati dari keselesaan bilik anda! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram