Hikmah amalan sunnah, 8 makanan ini bantu kekalkan tenaga sepanjang Ramadan


  • Sihat
  • Khamis, 14 Apr 2022

Dalam masakan, jintan hitam digunakan sebagai campuran rempah dan perasa untuk menaikkan aroma hidangan.

RAMADAN kini tiba, dan umat Islam di seluruh dunia sedang berpuasa selama sebulan dan bangun sebelum subuh untuk bersahur merupakan hidangan pertama pada setiap hari sebelum diakhiri dengan makan apabila waktu berbuka puasa.

Makan dengan betul semasa bulan suci ini adalah kunci untuk mengekalkan kecergasan dan tenaga bagi membantu melakukan aktiviti harian semasa berpuasa.

Tukang masak dan pakar makanan Timur Tengah, Rouba Shahin berkongsi tentang beberapa bahan makanan kegemarannya untuk dimasukkan ke dalam hidangan sahur dan berbuka puasa.

Bukan sahaja snek itu mengekalkan tahap tenaga anda secara keseluruhan, ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan pastikan anda menyemak beberapa resipi lazat beliau bagi menggunakan bahan-bahan utama ini menerusi aplikasi Muslim Pro.

1. Kurma

kurma

Kurma mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting.

  • Kita mulakan senarai makanan super yang tidak asing lagi dan menjadi ikon pada musim puasa iaitu kurma. Disebut di dalam al-Quran lebih daripada 20 kali, kurma sangat dikenali dan merupakan buah yang sedap untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
  • Sementara pepatah "sebiji epal sehari menjauhkan anda daripada doktor" adalah pepatah yang terkenal di Barat, setara dengan pepatah Muslim ialah "tujuh biji kurma sehari menjauhkan anda daripada doktor".
  • Nabi Muhammad SAW menetapkan makan tujuh kurma pada waktu pagi sebagai perlindungan terhadap racun dan sihir tetapi diketepikan faedah mistik, banyak kajian juga telah mengatakan kurma sebagai makanan super!
  • Dengan kandungan gula semula jadi dan penuh dengan serat, tidak boleh dipersoalkan lagi mengapa kurma menjadi makanan ruji Ramadan.
  • Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti kalium (satu kurma mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang!), kalsium, magnesium, besi dan fluorin serta pelbagai vitamin dan mineral yang lain. Kurma bukan sahaja memiliki kelazatan yang tersendiri, tetapi anda juga boleh menikmatinya dalam salad, pencuci mulut atau smoothie.

2. Habbatus Sauda (Jintan Hitam)

  • Habbatus Sauda, atau jintan hitam mempunyai banyak manfaat yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan sering digunakan sebagai ubatan semula jadi dalam menyembuhkan pelbagai penyakit.
  • Ia telah dikaji secara meluas dan disebut-sebut kerana sifat antioksidannya yang kuat, khususnya thymoquinone, yang menghapuskan radikal bebas (molekul tidak stabil) dalam badan anda yang boleh membawa kepada keadaan kesihatan yang tidak baik.
  • Dalam masakan, ia digunakan sebagai campuran rempah dan perasa untuk menaikkan aroma hidangan. Jintan Hitam mempunyai bauan yang harum seperti harum bawang goreng yang sesuai di dalam sup, hidangan kentang berempah, hidangan ikan dan sayur-sayuran serta pelbagai lagi hidangan.

3. Buah tin

BUAH TIN

Buah tin mampu mengurangkan sembelit

  • Buah tin juga merupakan salah satu buah yang terkenal di Timur Tengah! Buah tin boleh dimakan segar atau yang telah dikeringkan, dipanggang atau yang telah disejukkan, dan ia sangat enak dihidangkan bersama salad atau pencuci mulut.
  • Buah ini telah terkenal berabad lamanya, sama seperti kurma dan disebut dalam al-Quran, terkenal kerana memberi manfaat dalam kesihatan, memandangkan ia kaya dengan sumber kalsium, zat besi, magnesium, vitamin B6 dan kalium.
  • Buah tin bukan sahaja rendah lemak, tetapi juga tinggi serat untuk membantu proses penghadaman. Pengambilan buah tin telah terbukti menyokong bakteria sihat dalam usus, membantu untuk mengurangkan sembelit dan kembung perut.

4. Buah Delima

BUAH DELIMA

Buah delima sangat sesuai untuk dinikmati begitu sahaja.

  • Buah delima dikenali oleh umat Islam sebagai buah jannah (syurga) yang mana disebut dalam Al-Quran sebanyak tiga kali dan disebutkan dalam hadis sebagai baik untuk sistem pencernaan dan kesihatan rohani.
  • Buah yang mempunyai rasa manis dan sedikit rasa masam menyegarkan lelangit, dan kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan asid folik.
  • Butiran buahnya seperti bentuk permata ini dijadikan sebagai hiasan yang mencantikkan untuk beberapa hidangan Timur Tengah, seperti dips, salad dan hidangan utama. Selain itu, ia juga boleh dinikmati begitu sahaja atau dengan sedikit yogurt.

5. Anggur

ANGGUR

Anggur kaya dengan vitamin C dan kalium.

  • Anggur merupakan salah satu buah-buahan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran sebanyak enam kali, dan ia merupakan salah satu buah-buahan yang terdapat di dalam Syurga.
  • Ibn al-Qayyim dalam karya agungnya "The Prophetic Medicine" berkata, anggur adalah makanan yang baik untuk mencegah penambahan berat badan, serta menjadi sumber khasiat yang sangat baik.
  • Anggur kaya dengan vitamin C dan kalium, dengan banyak antioksidan (20 kali ganda kuasa antioksidan daripada vitamin E, dan 50 kali ganda lebih besar daripada vitamin C).
  • Buah ini memiliki kehebatannya yang tersendiri, dan ia enak dinikmati bersama salad buah segar.

6. Madu

MADU

Madu juga dikatakan mampu menghilangkan sakit tekak.

  • Siapa sangka dengan menjadi sihat kehidupan menjadi sangat indah? Satu lagi buah sunnah yang menakjubkan dan pilihan superfood ialah madu!
  • Jika anda pernah mendengar petua lama untuk mencampurkan madu ke dalam air suam bagi meredakan sakit tekak, ternyata ada merit saintifik untuk remidi ini! Madu penuh dengan sifat anti-bakteria dan anti-radang yang membantu meneutralkan bakteria berbahaya.
  • Selain daripada meminum air madu (disyorkan dengan perahan limau), kami juga menyukai madu yang disiram atas buah tin panggang, disapu pada roti bakar, atau sebagai topping pada Yoghurt Yunani dan granola yang lazat.

7. Kiwi

KIWI

Kiwi juga dikatakan mampu memperbaiki tidur dan meningkatkan mood dengan lebih baik.

  • Setakat ini setiap senarai makanan sunnah yang dinyatakan adalah makanan kesukaan di Timur Tengah, tetapi terdapat satu buah yang juga superfood dan tidak mungkin dapat dinikmati oleh nenek moyang Timur Tengah iaitu kiwi.
  • Mudah ditemui di bahagian buah-buahan pasar raya anda, buah-buahan kecil ini boleh berada di samping buah-buahan terkenal yang lain kerana kaya dengan sumber serat, vitamin C dan K, dan khasiatnya mengatasi pisang, epal, strawberi dan juga oren.

8. Minyak Zaitun

ZAITUN

Minyak zaitun membantu bagi orang yang ingin berdiet.

  • Ramai orang sering mengadu tentang kulit kusam dan jerawat pada bulan Ramadan kerana kekurangan air (memakai topeng muka juga tidak dapat membantu!).
  • Walaupun minum air yang mencukupi semasa waktu bulan puasa adalah penting, pengambilan buah zaitun dan minyak zaitun ke dalam diet anda juga akan berfungsi dengan baik.
  • Bukan sahaja kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin E, minyak zaitun juga mempunyai pelbagai kelebihan dan boleh disiram pada hampir semua makanan untuk kelihatan segar dan berkilauan pada hidangan anda untuk menjadikannya ia lebih menyelerakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

makanan sunnah, ramadan, sahur, buah, Rouba Shahin