Lutfya kongsi kisah keajaiban semasa di Mekah


  • Hiburan
  • Sabtu, 16 Apr 2022

Lutfya menyepi selama enam tahun daripada dunia seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

TIDAK berpeluang untuk ke tanah suci tahun ini, pelakon, Lutfya Omar akui dia merindui keadaan dan suasana bulan Ramadan di Mekah.

Katanya, antara yang dirindui adalah pengalaman sewaktu menjalankan umrah di Tanah Suci, termasuk dikejutkan oleh satu suara yang memanggil namanya pada pukul tiga pagi.

"Satu keajaiban pernah berlaku pada pukul tiga pagi, ketika itu di Mekah, ada satu suara jerit nama saya yang menyebabkan saya terbangun dari tidur.

"Saya tidak pasti sama ada suara itu kejutkan saya bangun tahajjud atau memenuhi niat saya mahu cium Hajarulaswad pada pukul tiga pagi kerana tidak sempat melakukan perkara itu sebelumnya," katanya.

Tambahnya Lutfya, satu lagi kejadian yang pernah berlaku semasa dia sedang tawaf di hadapan Kaabah.

Kongsinya lagi, dia pernah dtemani oleh seorang lelaki yang tidak dkenali dan melindunginya semasa dia sedang tawaf berseorangan.

"Ada seorang lelaki ini dia kawal saya daripada belakang, ikut tawaf sekali halang orang dari belakang,.

"Mulanya saya fikir adakah dia mahu memeluk saya, tetapi bila diperhatikan rupanya dia mau jadi 'hero', silap saya juga kerana tawaf bersendirian," ujarnya.

Terdahulu, Lutfya pernah menyepi selama enam tahun daripada dunia seni kerana memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi dan anak.

Bagaimanapun, pada tahun 2022, Lufya teruja kembali aktif di pentas seni dan kini sibuk menjalani pengambaran drama dan telefilem. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram