
IBARAT rezeki di bulan Ramadan, pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya dilantik menjadi duta produk lampin berjenama Molfix.
Menurut Scha, dia mula mengenali jenama Molfix ketika berjalan-jalan di Turki.
"Sebelum ini saya berpeluang pergi ke Turki semasa mengandung anak pertama saya dan di kedai serbaneka di sana saya mula kenal dengan Molfix.
"Ketika itu baru saya tahu yang Molfix memang cukup popular di Turki namun jenama itu hanya terdapat di beberapa negara sahaja," katanya.
Awal dan Scha ketika melawat kilang produk lampin bayi, Molfix di Turki.
Jelas Scha, sekian lama menunggu, akhirnya jenama lampin itu masuk juga ke Malaysia dan tambah istimewa, dia dilantik menjadi duta.
"Apa yang saya boleh lihat ialah anak saya sangat gembira dan aktif bila memakai lampin itu kerana ianya tidak menyebabkan sebarang ruam dan kegatalan pada kulitnya.
"Ia membantu anak saya menjalani aktiviti hariannya dengan baik. Perkara-perkara sebegini mampu membuatkan kaum ibu seperti saya berasa amat senang hati dan tenang," katanya.
Awal pula berkata, dia sudah melawat kilang pembuatan produk tersebut dan percaya dengan kualiti yang diberikan Molfix.
"Sebenarnya saya tidak pernah sesekali bekerja dengan jenama yang kami tidak percaya.
"Sebab itu kami yakin dengan Molfix yang mampu memberi penyelesaian terbaik untuk anak kami dan bayi yang lain," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram