MESKIPUN pahala umat Islam digandakan pada bulan Ramadan, namun tidak dinafikan ibadat puasa ada kalanya menjadikan seseorang letih dan tidak bermaya.
Masakan tidak, ibadah puasa menuntut umat Islam supaya menahan diri daripada lapar dan dahaga sehingga waktu berbuka apabila berkumandangnya azan Maghrib.
Tambahan pula, aktiviti yang sering dilakukan selain pada bulan puasa akan menjadi satu kemestian buat mereka yang menyambut bulan Ramadan.
Ini termasuk kerja-kerja berat dan perkara yang memerlukan kebijaksanaan otak untuk berfikir.
Sekiranya seseorang sedang dalam kelaparan atau kehausan, maka mereka kekurangan tenaga sekali gus melemahkan fungsi otak.
Pengamal perubatan, Dr Rizal Abu Bakar menerusi laman Facebook berkata, otak manusia tidak dapat berfungsi dengan sangat aktif terutama di tempat kerja ketika berpuasa.
"Kadangkala nak buat kerja pun terasa liat. Mata ni bertongkatkan harapan demi mencari sesuap nasi," katanya.
Justeru, beliau memberi tips kepada orang ramai bagi mengaktifkan semula otak supaya berfungsi dengan optimum.
Berikut adalah senarainya:
1. Amalkan ketarasedar atau 'mindfulness'.
Perlukan 10 minit untuk kosongkan minda. Rasai present moment.
Sewaktu bekerja, jangan 'overwork yourself' atau terlebih bekerja. Ambil masa untuk rehatkan minda.
2. Bernafas dalam melalui hidung.
Elak bernafas melalui mulut. Tambah bulan puasa ni nanti bau 'harum' semerbak.
Ia juga boleh buatkan mulut terasa haus dan kering.
Bila bernafas melalui hidung, akan terasa oksigen memasuki dan memenuhi ruang tubuh.
Kajian mendapati bernafas melalui hidung kiri bantu aktifkan otak bahagian kanan.
3. Semasa bernafas, pasakkan kata-kata positif dalam diri.
Tanamkan dalam minda push factor yang membuatkan diri terus bersemangat.
Aura positif mampu untuk ubah keadaan dan suasana.
4. Cuba 'gimnastik mental'.
Untuk rangsang kembali sel-sel otak tepu seperti kuiz, teka silang kata.
Satu perjuangan yang perlu dipertahankan demi mencari keredhan-Nya. Boleh amal? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram