Tujuh langkah bernafas untuk mudah lelap


  • Sihat
  • Isnin, 04 Apr 2022

TEKNIK bernafas tersebut dapat membantu seseorang berehat dengan menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. — Agensi

RAMAI orang yang mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam walaupun sudah melakukan pelbagai tips dan cara untuk melelapkan mata.

Seorang pakar dari Puresentiel, Dr Nisa Aslam berkata, wabak Covid-19 menyebabkan ramai orang mengalami gangguan tidur dan kesukaran untuk melelapkan mata.

"Bagi sebahagian besar individu, masalah kurang tidur, atau kualiti tidur yang buruk memberi kesan terhadap kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang. Tidur bukanlah suatu kemewahan, ia adalah sesuatu perkara asas," katanya.

Beliau berkongsi tujuh langkah bernafas yang dapat membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih baik pada waktu malam.

Tujuh langkah tersebut adalah:

1. Baring dengan kaki lurus, dengan sedikit ruang antara kedua-dua kaki dan jari kaki menghala ke bahagian luar.

2. Letakkan tangan anda di sisi dengan tapak tangan anda menghala ke atas.

3. Tutup mata.

4. Tarik nafas dalam-dalam dan perlahan melalui hidung dan hembus melalui mulut.

5. Letakkan sebelah tangan di perut dan sebelah lagi di dada. Perhatikan tangan mana yang lebih terangkat ketika anda menarik nafas.

6. Jika tangan di dada anda lebih tinggi, cuba isi perut anda dengan udara sehingga ia naik.

7. Rileks dan fokus kepada bunyi nafas anda.

Menurutnya, dengan mempraktikkan teknik bernafas ini, ia dapat membantu seseorang berehat dengan menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah, serta meningkatkan meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram