7 tip 'rare' daki Gunung Kinabalu


  • Hobi
  • Selasa, 29 Mac 2022

KETINGGIAN Gunung Kinabalu mencecah 4,095 meter dari aras laut. — Sinar Harian

MENDAKI merupakan salah satu aktiviti kegemaran rakyat Malaysia, kepuasan menawan puncak bukit ataupun gunung idaman mereka bersama rakan 'hikers' yang lain sememangnya sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Percaya atau tidak, Gunung Kinabalu, Sabah merupakan puncak idaman bagi seluruh pendaki kerana ia merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut, gunung tersebut dikatakan mempunyai tahap pendakian yang jauh lebih sukar berbanding gunung-gunung lain dan ada sahaja cerita pengalaman dikongsi mana-mana pendaki saat menawan Gunung Kinabalu.

Jika seseorang itu berhasrat atau ada perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu, terdapat beberapa tip berguna dikongsikan oleh pengguna Facebook, Shafeeq Badek.

Berikut merupakan tujuh tip yang disifatkan 'rare' sebagai persediaan mendaki Gunung Kinabalu;

1) Cukup rehat

  • Menurutnya, ramai yang pergi ke Gunung Kinabalu adalah dengan mood bercuti dan perasaan teruja menyelubungi diri hingga ada yang tidak dapat melelapkan mata.
  • Jika belum pergi sudah berasa penat, fikirkan saat anda mendaki nanti. Oleh itu amat penting untuk memastikan pendaki itu mendapat rehat yang cukup.

2) Jaga pemakanan sebelum perjalanan

  • Katanya, sebelum sesi pendakian, ramai pendaki dalam keadaan bercuti dan bertindak untuk makan semua makanan yang dilihatnya.
  • Berdasarkan pengalamannya, terdapat seorang pendaki mengalami sakit perut semasa mendaki kerana salah makan sebelum sesi pendakian.
  • Perkara itu menyusahkan pendaki berkenaan kerana perlu memasuki setiap checkpoint untuk mencari tandas kerana sakit perut yang dialaminya.

3) Sediakan minuman panas

  • Disebabkam faktor cuaca di Gunung Kinabalu sejuk, membawa minuman air panas adalah sangat membantu.
  • Shafeeq berkata, membawa 1 liter air panas adalah sangat bagus untuk pendaki kerana sebelum ini, lelaki itu hanya membawa 250 dan 500 mililiter namun tidak cukup untuknya.

4) Bawa payung

  • Menurut lelaki itu, saiz besar atau kecil payung itu tidak penting kerana apabila cuaca tidak menentu, peralatan tersebut sangat membantu.

5) Bawa makanan lebih

  • Coklat sememangnya penting dan rata-rata pendaki akan membawa makanan tersebut namun lelaki berkenaan sangat menyarankan untuk membawa juga makanan berkarbohidrat.

6) Sediakan Gaviscon

  • Pada kebiasaannya, pendaki akan mengalami situasi perut masuk angin dan keadaan itu akan menganggu mood makan pendaki hingga menjejaskan perjalanannya.
  • Oleh itu, membawa Gaviscon sangat membantu namun terlebih dahulu bertanya di klinik ubat apa yang sesuai untuk diri anda.

7) Cara tidur

  • Shafeeq merekomenkan untuk melakukan cara tidur 'Fowler Technique' yang mana barang yang diperlukan ialah dry beg dan dua bantal.
  • Dry beg tersebut akan menyimpan kain-kain milik pendaki sementara bantal ekstra pula akan diletakkan di atas bantal yang diberi.
  • Bila anda menggunakan tiga peralatan tersebut, ia pasti akan membantu mendapatkan tidur yang selesa.

Semoga tip yang diberikan akan membantu para pendaki menawan Gunung Kinabalu tanpa masalah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mendaki, Gunung Kinbalu, pendaki, hobi