SESEORANG individu mesti mempunyai hobi yang boleh lakukan pada masa lapang seperti mendengar muzik, membaca buku serta menonton filem dan tahukah anda terdapat beberapa contoh hobi yang membantu untuk meningkatkan kecergasan badan dan kesihatan otak?
Berikut adalah beberapa hobi yang boleh menjadikan hidup sihat dan bahagia:
1) Menari
Salah satu hobi yang berkesan dan tidak mengeluarkan wang ringgit bagi mengekalkan kecergasan fizikal ialah menari dan melalui aktivit menari, seseorang juga boleh meningkatkan kecergasan paru-paru dan jantung.
Apabila aktif bergerak ketika menari, ia secara tidak langsung menggalakkan badan untuk menghirup oksigen dengan lebih berkesan.
Terdapat banyak jenis tarian yang boleh anda lakukan sebagai hobi baru, seperti tarian tradisional, tarian perut, balet, hip-hop, jazz, aerobik, tarian tiang, tarian ketuk, salsa, tarian moden, flamenco, zumba, dan banyak lagi.
2) Berkebun
Banyak manfaat yang anda dapat dari berkebun seperti jantung yang sihat, daya tahan badan meningkat, jauh dari darah tinggi, dan dapat meningkatkan kekuatan tangan.
Faedah lain yang boleh anda perolehi daripada berkebun ialah bunga yang mekar di halaman rumah anda membantu untuk kesihatan, dan buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh anda nikmati di halaman rumah anda.
3) Fotografi alam semula jadi
Jika selama ini anda hanya hobi mengambil gambar makanan atau swafoto, cuba ubah arah kamera anda dan mula mengambil gambar alam sekitar.
Salah satu contoh hobi yang sihat adalah seni fotografi alam, kerana biasanya anda perlu melawat tempat-tempat indah yang hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki atau mendaki.
Hobi fotografi alam semula jadi boleh menjadi alternatif untuk anda kekal aktif semasa bercuti atau mengunjungi sesuatu tempat.
4) Mengembara
Anda boleh melupakan seketika beban fikiran anda dan membuat badan berasa lebih santai dengan mengembara dan melalui mengembara, boleh menemui banyak perkara baharu, seperti budaya tempatan, kepakaran tempatan yang anda lawati, bertemu orang baharu.
Anda juga boleh berlatih secara fizikal dan mental serta mencari idea baharu melalui perjalanan yang mana membantu fikiran akan menjadi lebih tenang, dan badan akan berasa lebih ringan, kurang tekanan selepas pengembaraan.
5) Menulis dan melukis
Satu hobi yang sihat untuk kesejahteraan mental anda ialah mencurahkan isi hati anda untuk menulis (sama ada tulisan tangan atau ditaip) atau dengan melukis dan mencoret.
Melukis dan menulis dipercayai cara untuk menenangkan fikiran yang kacau apabila berada dalam tekanan berat dan membantu memulihkan emosi dan meningkatkan kualiti hidup.
Lima hobi yang disenaraikan di atas merupakan hobi yang boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram