Lempang Chris Rock, Will Smith minta maaf pada Academy


  • Hiburan
  • Isnin, 28 Mac 2022

INSIDEN Will Smith melempang Chris Rock yang menjadi bualan netizen.

INSIDEN pelakon, Will Smith melempang pelawak, Chris Rock semasa Academy Awards nampaknya menjadi bualan netizen di seluruh dunia.

Will bertindak menampar Chris dalam acara berprestij yang disiarkan secara langsung itu selepas pelawak itu memperlekehkan rupa fizikal isterinya.

Isteri Smith, Jada Pinkett mengalami masalah Alopecia yang mengakibatkan rambutnya gugur dan pada Isnin, wanita itu tampil dengan gaya botak.

Rasa tidak senang Will mula timbul bila Chris berjenaka mengenai Jada yang boleh berlakon dalam filem G.I. Jane kerana keadaan kepala yang botak dan cukup sesuai dengan watak dalam filem itu.

Malah, selepas melempang Chris, Will kembali ke kerusinya dan menegaskan kepada pelawak itu supaya tidak menggunakan isterinya sebagai bahan jenaka.

Smith kemudian memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam filem King Richard dan di dalam ucapannya, dia meminta maaf atas insiden yang berlaku dengan menggunakan watak Richard Williams yang dilakonkannya sebagai metafora.

"Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscars 2022). Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).

"Ini bukan soal saya memenangi anugerah," kata Smith sambil mengalirkan air matanya.

Tambah Smith, seni telah mengubah hidupnya kerana dia kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams, namun, cinta membuatkannya melakukan benda yang lebih ‘gila’. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram