Kampung Pisang Berbuah Dua Kali kurang menyengat?


  • Hiburan
  • Rabu, 16 Mac 2022

JENAMA Kampung Pisang sangat sigifikan dengan francais filem Allahyarham Mamat Khalid. — The Star

JENAMA Kampung Pisang sangat sigifikan dengan francais filem Allahyarham Mamat Khalid yang sentiasa malar segar dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, menerusi naskhah terakhir beliau, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali arahan anaknya, Amen Khalid, ada peminat yang kecewa dengan karya itu yang didakwa membosankan.

Berdasarkan komen-komen di media sosial, antara sebab filem itu kurang memikat selera penonton adalah kerana ketiadaan sebahagian pelakon asal yang sudah sebati sebagai penduduk Kampung Pisang.

Perkara itu dinyatakan oleh pemilik akaun Facebook, Abu Ziyad yang turut memberi pujian terhadap garapan untuk filem berkenaan.

"Sudah tengok, sentuhan yang bagus cuma agak kurang 'umph' kerana ramai pelakon-pelakon lama tiada.

"Kalau ada sudah boleh dapat lima bintang," kongsinya.

komen 1

Selain itu, pemilik akaun Norliana Awang pula memberitahu, secara keseluruhan filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali agak membosankan.

"Bosan dari awal lagi sampai tengah cerita, tutup televisyen dan tidur, rugi," katanya.

komen 2

Sementara itu, Mohamad Thamim Anshaari pula memberitahu, francais filem Kampung Pisang semakin lama semakin mengarut.

"Cerita ini awal-awal dulu sedap la jugak, sekarang banyak mengarut," komennya.

komen 3

Meskipun ada yang menganggap filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali kurang menyengat seperti filem sebelumnya, Ika Abdullah Hamzah pula berpendapat berbeza.

komen 4

Ika memaklumkan, baginya filem itu menghiburkan dan dia sudah berulang kali menontonnya.

"Saya tengok berulang kali, memang 'best'.

"Terpeluang ada kata kurang menarik, ikut selera masing-masing, terbaik karya Allahyarham Mamat Khalid," ujarnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram