Christopher Columbus tidak membuktikan Bumi bulat


  • Relaks
  • Rabu, 16 Mac 2022

HUJAH Christopher selepas pelayarannya adalah mengenai saiz lilitan bumi.

PADA 1492, Christopher Columbus belayar dari Sepanyol ke seluruh dunia untuk mencari laluan alternatif ke India dan ada mitos mengatakan Christopher turut membuktikan bahawa bumi itu bulat melalui pelayarannya itu.

Ketika Christopher Columbus berada di mahkamah Ferdinand II (Raja Sepanyol dari Aragon) dan Isabella I (Ratu Sepanyol dari Castille), hujah Columbus terhadap penasihat mahkamah adalah berkenaan saiz lilitan bumi dan bukannya berkenaan sama ada bumi rata atau bulat.

Pada 1400-an, umum mengetahui bahawa dunia adalah glob.

Pada awal abad keenam SM (sebelum Masihi), Pythagoras telah menulis bahawa bumi adalah sfera.

Beliau kemudiannya disokong oleh Aristotle dan Euclid dalam karya mereka.

Ahli falsafah Plato (400 SM) mengisytiharkan ukuran jarak keliling bumi adalah sejauh 64,412km (kilometer).

Kira-kira 150 tahun kemudian, ahli matematik, Archimedes menganggarkan ukur lilit bumi adalah 48,309km.

Tidak diketahui bagaimana kedua-dua mereka dapat mencapai pengiraan itu dan ketepatannya.

Pemerhatian dan pengiraan oleh Eratosthenes akhirnya menghasilkan anggaran yang tepat bagi saiz ukur lilit bumi.

Pada abad ketiga SM, Eratosthenes, seorang pustakawan Yunani di Alexandria, Mesir, menentukan bahawa ukur lilit bumi adalah antara 40,250 hingga 45,900km dengan membandingkan kedudukan relatif matahari di dua lokasi berbeza permukaan bumi.

Pada hari ini, ukur lilit bumi yang diterima dan diguna pakai adalah 40,096km.

Jika dibezakan dengan kiraan Eratosthenes, ralatnya kurang 1 peratus sahaja.

Ia menunjukkan cara pengiraan Eratosthenes adalah luar biasa memandangkan ukur lilit sebenar bumi telah dikira dengan hampir tepat 2,000 tahun sebelum Columbus belayar.

Ukur lilit bumi oleh Columbus adalah 28,985km, ralat sebanyak 28 peratus dan beliau bergantung pada pengiraan dalam buku abad kedua, Ptolemy "Geografi".

Beberapa buku diterbitkan antara 1200 hingga 1500 membincangkan mengenai bentuk sfera Bumi, termasuk "The Sphere" yang ditulis pada awal 1200-an. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram