Syarikat kad ucapan tak cipta Hari Valentine


  • Relaks
  • Isnin, 14 Feb 2022

Hari Valentine disambut setiap tahun pada 14 Februari. — The Star

WATAK Jim Carrey sebagai Joel dalam filem terbitan 2004, Eternal Sunshine of a Spotless Mind berkata, Hari Valentine hanya wujud untuk menjual kad ucapan.

Namun, ia tidak benar kerana orang ramai memberikan hadiah antara satu sama lain pada Hari Valentine telah wujud sekian lama sebelum kad ucapan mula dijual.

Tradisi pemberian hadiah dan kad tulisan tangan pada 14 Februari dipopularkan oleh orang zaman Victoria apabila sistem pos diperbaiki pada pertengahan abad ke-19.

Mereka sedar dengan hanya satu sen bagi sepucuk surat, mereka boleh menghantar nota kepada orang yang diminati tanpa menulis nama untuk meluahkan kasih sayang.

Pada 1868, Cadbury memanfaatkan tradisi itu dengan mencetuskan idea baharu iaitu meletakkan coklat dalam kotak berbentuk hati.

Kad Hari Valentine pertama kalinya dikeluarkan secara besar-besaran pada 1910 oleh Hallmark, sebuah syarikat kad ucapan.

Hari Valentine mendapat namanya daripada hari perayaan Saint Valentine yang disambut oleh orang Kristian.

Namun, ia telah dipadamkan daripada takwim Katolik pada 1969.

Peringatan Saint Valentine dipadamkan daripada takwim atas sebab berikut:

"Sungguhpun peringatan Santo Valentine diamalkan sejak purbakala, namun ia diserahkan kepada takwim-takwim yang tertentu, memandangkan tiada apa yang diketahui tentang Santo Valentine selain namanya dan bahawa beliau disemadikan di Via Flaminia pada 14 Februari."

Ia agak misteri apabila 14 Februari disambut dengan begitu istimewa dari segi sejarah.

Perayaan Lupercalia Rom disambut dari 13 hingga 15 Februari untuk menyucikan Rom serta mempromosikan kesihatan dan kesuburan.

Dalam perayaan itu, paderi akan berpakaian kulit serigala dan mencambuk kulit haiwan yang baru dikorbankan.

Wanita muda yang sudah berkahwin pula akan berbaris dan disebat kerana ia dipercayai memudahkan mereka untuk hamil.

Februari turut mendapat nama daripada perayaan Februa yang bermaksud mensucikan atau membersihkan dalam bahasa Latin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram