
ADA mitos mengatakan bahawa burung unta akan menanam kepala mereka ke dalam pasir apabila berasa terancam atau takut.
Namun, mitos ini tidak benar.
Mitos yang berasal dari Rom purba ini bermula apabila seorang ahli falsafah Rom ada menulis tentang burung unta menekan kepalanya ke dalam pasir apabila dalam keadaan bahaya.
Tingkah laku burung unta ini telah menjadi metafora bagi seseorang yang mengelak daripada masalah dihadapinya.
Burung unta kadang kala menundukkan kepala ke bawah supaya tidak menjadi sasaran pemangsa.
Tetapi mereka tidak membenamkan kepala ke dalam pasir kerana itu akan mengakibatkan mereka tidak boleh bernafas.
Tingkah laku burung unta yang menyebabkan mitos ini dipercayai ramai adalah kerana mereka menggali lubang yang cetek untuk dijadikan sarang telur.
Mereka menggunakan paruh untuk menggolekkan telur beberapa kali sehari supaya ia panas secara sama rata.
Dari jauh, tingkah laku ini kelihatan seperti mereka menanam kepala dalam pasir. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram