KELIBAT pelawak, Shahrol Shiro yang duduk di sebelah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis kempen Barisan Nasional (BN) mendapat kritikan 'panas' warganet.
Dalam satu perkongsian video di Twitter oleh @kuhaslinda_a1, Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie bin Azmi dilihat menyarungkan baju berlogo 'Sapot BN' dan duduk di meja makan bersama Najib.
Kuhaslinda menulis dalam ciapan dengan mendakwa Shahrol menyokong BN kerana dia berkawan rapat dengan seorang exco parti itu di Johor.
"Najib curi wang 1MDB, sampai tahun 2039 rakyat kena bayar.
"Shahrol sokong BN sebab dia kawan dengan exco (BN) Johor, lubuk buat duit. Elok lah tu, pencuri bertemu penyamun," tulisnya.
Ramai pengguna Twitter yang meninggalkan komen yang menulis beberapa dakwaan lain antaranya mendakwa Shahrol aktif berpolitik kerana 'tidak laku' sebagai pelawak.
Pemilik akaun, @armanamin330 turut berkata demikian dan menyatakan bahawa Shahrol banyak mendapat 'projek' daripada parti itu.
"Dia hidup dengan projek BN maklumlah nak melawak tapi tak laku," kongsinya.
Seorang lagi pemilik akaun, @MohamadYusofBi6 pula berkongsi bahawa kebelakangan ini lawak Shahrol sejak kebelakangan ini sudah tidak beberapa menjadi.
Pihak Majoriti kini cuba untuk menghubungi Shahrol dan masih menunggu maklum balas daripada selebriti itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram