Harith Iskandar, KP Imigresen 'bertelagah' di Twitter pasal jenaka 2018


  • Hiburan
  • Jumaat, 04 Mac 2022

HARITH menjawab ciapan Khairul dengan mengatakan bahawa klip itu bertujuan untuk komedi. — The Star

KETUA Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memberi respons terhadap jenaka pelawak, Harith Iskandar mengenai kaunter imigresen di KLIA.

Harith baru-baru ini berkongsi coretan daripada tayangan khas komedi stand-up Netflix 2018, I Told You So, di mana dia membuat jenaka tentang 'perbezaan' antara perkhidmatan imigresen lapangan terbang Changi Singapura dan Malaysia.

Khairul Dzaimee bagaimanapun pantas membalas ciapan itu dengan berkata di Twitter bahawa pelawak itu menyebarkan maklumat mengelirukan.

"Ini mengelirukan, Harith," kata Khairul pada Rabu (2 Mac 2022).

Harith menjawab ciapan Khairul dengan mengatakan bahawa klip itu bertujuan untuk komedi dan bukan debat Parlimen.

Khairul Dzaimee bagaimanapun tetap berpendirian dan berkata, walaupun dia tahu perkara itu hanya bertujuan gurauan, Harith harus bersikap adil ketika menyampaikan maklumat kepada umum.

"Saya tahu, tetapi maklumat itu penting, berlaku adil," jawabnya.

Dalam klip 52 saat itu, Harith bergurau tentang bagaimana Singapura akan mempunyai 20 kaunter imigresen, semuanya dikendalikan oleh pegawai.

“Tuan-tuan dan puan-puan, (di) KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kita juga ada 20 kaunter. Dua terbuka,” katanya dalam klip itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram