SETELAH sekian lama tidak muncul di layar perak, pelakon Johan Ariff Asaari bakal kembali menerusi filem baharu, VII XII.
Baru sahaja menamatkan sesi pengambaran, Johan memberitahu dia diberikan tanggungjawab menggalas watak Bentayan dalam filem aksi arahan Thorpe Ali itu.
Menurutnya, Bentayan adalah watak seorang lelaki yang sangat digeruni oleh semua orang dan pengikutnya.
"Bentayan merupakan satu watak yang luar daripada jangkaan kebiasaan, tetapi ia juga mempunyai aura dan penampilan yang stailo.
"Banyak aksi yang saya pamerkan dalam filem ini antaranya sepak gunting, backflip dan macam-macam lagi yang menjadikan watak ini sangat berbeza berbanding lakonan saya sebelum ini," katanya.
Tambahnya lagi, gaya Bentayan juga sangat sinonim dengan dirinya yang mana dia juga gemar pada pakaian yang selesa tetapi stail.
Sementara itu dalam perkongsian di laman sosial Instagram, Johan juga mengucapkan penghargaan kepada semua rakan produksi dan pengarah yang menjayakan filem Bentayan.
Tulisnya, dia berterima kasih atas kerjasama semua pihak temasuk pihak produksi, Osmosis Production.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat, Johan mendoakan filem ini semoga mendapat sambutan," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram