PELAKON, pengacara dan pelawak, Zizan Razak meluahkah kebimbangan berikutan keadaan banjir di Terengganu.
Berkongsi dalam satu muat naik video di Instastory, jejaka berusia 37 tahun itu meminta orang ramai agar mendoakan keselamatan keluarga dan rakan-rakanya yang berada di negeri kelahirannya itu.
"Terengganu pun banjir saya risau juga sebab keluarga dan kawan-kawan saya di sana.
"Kita doakan sama-sama keselamatan mereka di sana," katanya.
ZIZAN risau akan keadaan keluarga dan rakan-rakan di Terengganu. — Instagram
Kongsinya lagi di Instargram, melihat kepada keadaan semasa di sana dia berharap agar anggota penyelamat dapat cepat bertindak bagi memastikan keselematan mangsa banjir di kawasan terjejas.
Katanya lagi, dia risau selepas melihat satu video yang menunjukkan keadaan banjir di sana.
"Ada satu video ni saya tak pasti di mana tetapi di kawasan Tasik Kenyir di sebelah Hulu Teregganu sudah banjir.
"Ramai yang sudah keluar rumah selamatkan diri kerana kawasan rumah dinaiki air, moga anggota penyelamat dapat bertindak segera," ujarnya dalam nada sedih.
Majoriti kini cuba untuk menghubungi Zizan dan masih menunggu maklum balas daripada anak jati kelahiran Dungun, Terengganu itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram