SITUASI cemas melanda set rakaman rancangan bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) apabila tetamu jemputan yang juga penghibur serba boleh, Roslan Shah secara tiba-tiba pengsan.
Dijemput sebagai panel untuk topik, Si Mulut Tempayan, Roslan atau mesra di sapa Cik Lan secara tiba-tiba rebah daripada kerusi selepas batuk dalam rancangan yang disiarkan secara langsung itu.
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak penyiar TV3, sejurus kejadian itu, Roslan bawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor menggunakan ambulans.
"Sebaik sahaja selebriti serba boleh itu rebah, pihak produksi WHI tanpa melengahkan masa telah memanggil panel doktor ke Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara untuk memeriksa keadaannya sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
"Dia dlaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan doktor," kata kenyataan itu pada Isnin.
Tambahnya lagi, ujian saringan covid-19 (RTK) yang dibuat turut menunjukkan keputusan negatif, sama seperti sehari sebelum dia hadir ke Sri Pentas.
Semakan Majoriti dalam laman sosial Instagram Roslan Shah, pengacara itu ada berkongsi di Instastory tentang aktivitinya sebelum pengambaran sehingga di set WHI.
Dalam perkongsian tersebut dia keihatan ceria dan sihat serta menyatakan kegembiraan kerana sudah lama tidak datang di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram