SELEPAS usahasama Proton dengan Syarikat permotoran China, Geely Automobile Holdings dimeterai, rata-rata pengguna sering meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan selepas pembelian (after sales service) kenderaan generasi baharu jenama itu.
Ramai yang mengatakan bahawa mereka berdepan masalah kesukaran mendapatkan alat ganti kenderaan, malah ada juga yang berkongsi bahawa kenderaan mereka kerap menghadapi kerosakan.
Perkara tersebut juga diperkatakan oleh warganet di laman sosial Facebook yang berkongsi perkara tersebut dalam ruangan komen dalam satu hantaran tentang kecaman pelakon, Azhan Rani terhadap kualiti kereta Proton X70 miliknya.
Dalam hantaran itu, Azhan Rani menyatakan bahawa sekiranya semua alat ganti datang dari China, tidak perlulah jua kereta tersebut di Malaysia.
Pengguna di Facebook rata-ratanya bersetuju dengan komen tersebut dan menyatakan bahawa kebanyakan proton 'generasi Geely' tidak seindah seperi yang dipersembahkan.
Seorang pemilik akaun, Mohd Awis berkongsi bahawa 'after sales service' Proton sememangnya mengecewakan.
Katanya, walaupun produk Proton kelihatan megah, sebagai pengguna dia sendiri berpengalaman dengan servis yang mengecewakan.
"Semua jenama ada masalah sendiri tetapi yang membezakan adalah cara mereka mencari jalan penyesaian dan proton gagal dalam bab itu.
"Ramai yang 'dah kena'' dengan Proton, saya sendiri ambil keputusan jual semula kereta walaupun baru pakai selama dua tahun kerana masalah kotak gear," kongsinya.
Sementara itu, seorang lagi pemilik akaun, Faizal Ibrahim berkongsi bahawa jenama Geely di China tidak mempunyai reputasi yang baik.
Katanya, penduduk di China juga tidak menggunakan kenderaan Geely kerana masalah alat ganti kenderaan.
"Alat ganti Geely hanya dihasilkan bukan untuk memenuhi keperluan dalam tempoh masa yang lama.
"Dalam 10 tahun ada atau tidak alat gantinya itu menjadi persoalan," ujarnya.
Pemilik akaun Bakhtiar Daud pula memberitahu, dia bersetuju dengan masalah-masalah kereta Proton.
Kongsinya, dia sendiri dinasihatkan oleh rakan mekanik supaya tidak membeli Proton X70 dan X50 kerana masalah alat ganti kenderaan.
Dalam pada itu, Majoriti sudah cuba berhubung dengan pihak Proton dan sedang mendapat maklum balas mereka bagi mengulas masalah berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram